Tuesday, July 7, 2009

Mohan Singh Akhirnya Dikebumi Cara Islam

KUALA LUMPUR - Setelah sebulan mayat ditahan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh dekat sini kerana kekeliruan status agama, akhirnya jenazah Mohan Singh, dikebumikan mengikut cara Islam .

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Rohana Hassan berkata jenazah Mohan atau nama Islamnya Mohammad Hazzery Shah Mohan Abdullah itu dibawa keluar dari hospital itu pada pukul 6 petang untuk dibawa pulang ke rumah ibunya di Selayang Jaya.

"MAIS akan memberikan peluang kepada keluarganya untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum upacara pengebumian mengikut cara Islam," katanya .

Allahyarham Mohan memeluk agama Islam pada 11 Ogos 1992 di Pulau Pinang tanpa pengetahuan keluarganya sehingga berlaku perebutan antara MAIS dan keluarganya setelah Mohan meninggal dunia pada 25 Mei lepas akibat serangan jantung di rumahnya di Apartmen Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya .

Sebelum ini keluarga Mohan menuntut mayatnya untuk ditanam mengikut upacara agama Sikh di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, namun mahkamah itu hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh keluarga pengarah seni tersebut kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Selangor.

Sebelum itu, suasana di rumah ibu Allahyarham mendapati anggota keluarga Mohan mengadakan upacara sembahyang mengikut agama Hindu kira-kira sejam bagi memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

No comments:

Post a Comment