Friday, July 3, 2009

Zahrin Menaruh Harapan Lim Mengatasi Kemelut

PULAU PINANG - Demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu kerajaan negeri mempertimbangkan keputusan memecat Johari Kassim sebagai Anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Zahrain Mohammed Hashim berkata Johari telah menyesali tindakannya dan sanggup berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Kita berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan tindakannya terhadap Johari kerana hukuman itu dilihat agak terlalu keras," katanya.

Mengenai isu Kampung Buah Pala, Zahrain berharap Lim untuk berdiskusi dengan penduduk kampung itu dengan segera bagi menimbulkan kesan jangka panjang. "Saya lebih suka melihat Lim bertemu sendiri dengan rakyat dan tidak mengarahkan anggota exco atau wakilnya untuk menyelesaikan perkara tersebut," kata Zahrin.

Penduduk kampung itutersebut dikatakan bermasalah untuk menyelamatkan kampung mereka yang turut dikenali sebagai perkampungan ternakan lembu atau "High Chaparral" daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

No comments:

Post a Comment