Saturday, July 4, 2009

Zulkifli Nordin Harap DAP Rasional Dalam Tindakan

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkata DAP perlu berhati-hati dengan tindak tanduk mereka yang kini dilihat cuba mengongkong seluruh Pakatan Rakyat.

Beliau berkata tindakan DAP Kedah mengugut keluar dari Pakatan Rakyat adalah tindakan yang tidak bijak. "Nasihat saya pada DAP supaya lebih berhati-hati kerana tindakan mereka seperti membelakangkan Pakatan Rakyat," katanya.

Selain itu, beliau menyokong tindakan kerajaan negeri Kedah yang membenarkan perobohan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu betul dan pengusaha penternakan babi itu telah diberikan tempoh sebulan untuk berpindah ke tempat lain namun selepas sebulan tidak berpindah, mereka (MBAS) robohlah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh ketika diajukan soalan mengenai perkara itu bagaimanapun enggan mengulas dan menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng untuk membuat kenyataan mengenai kemelut itu.

No comments:

Post a Comment