KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini membidas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang .Kit Siang , Ahli parlimen Ipoh Timur yang terlibat dalam 'perang mulut' dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sehingga mengeluarkan perkataan 'menteri pondan'.
Sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah beberapa kali mempertikaikan perlantikkan Nazri dilantik sebagai menteri penuh kerana sikap menteri itu yang kerap dipertikaikan rakyat umum.
Sementara dilobi parlimen, Timbalan speaker mempersendakan Lim dengan berkata, "Kalau kita tengok Yang Berhormat Ipoh Timur, dia tak pernah ikut peraturan. Satu pun tak pernah ikut. Dia berdiri, mencelah macam itu sahaja."
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkataan "pondan dan gemuk" yang digunakan dalam perbahasan pada sidang Dewan Rakyat semalam.
Sidang Dewan Rakyat sering digamatkan oleh beberapa Ahli Parlimen seperti dari Pasir Salak, Kinabatangan dan Ipoh Timur. Datuk Dr. Puad Zarkasi telah senyap setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri.


No comments:
Post a Comment