Thursday, July 2, 2009

Keluar Pakatan Rakyat, DAP Kedah Ikut Emosi

ALOR SETAR - Pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Mergong yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan tetap dirobohkan selepas tempoh notis pindah kepada pengusaha di situ berakhir pada 30 Jun ini. Demikian diberitahu oleh Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Khazali Din.

Pusat penyembelihan babi di situ akan dirobohkan pada waktu yang ditetapkan kerana peniaga dan pengusaha di situ telah diberikan masa sebulan untuk mengosongkan premis berkenaan.Dato’ Khazali berkata, MBAS telah memberi satu tempoh masa yang munasabah untuk mereka berpindah sebelum MBAS bertindak merobohkan tempat itu secepat mungkin.


Ini dilakukan berikutan rungutan orang ramai kerana pusat berkenaan menyebarkan bau busuk apa lagi bagi pelanggan di gerai-gerai makanan berdekatan dengan tempat penyembelihan itu.


“Kami bukan suka-suka hendak merobohkan tempat itu, tetapi ia dilihat dari pelbagai aspek dan kawasan itu sebenarnya tidak sesuai menjalankan operasi penyebelihan babi.


“Jadi kami terpaksa bertindak merobohkan demi kepeningan semua pihak tambahan pula kawasan itu terdapat banyak gerai makanan yang dibimbangi tidak terjamin kebersihan jika pusat penyembelihan itu kekal di situ,” katanya.


Katanya, perancangan untuk memajukan bekas tapak penyembelihan itu akan difikirkan nanti dan mungkin akan dibangunkan dengan kerjasama persatuan penjaja.“Kami akan membina tapak baru untuk peniaga berniaga dan mereka akan memajukan tempat itu,” katanya.


Johor Daily mendapati Utusan Malaysia menjadikan isu ini untuk memecahbelahkan Patakan Rakyat. Namun Johor Daily percaya isu ini akan menikam media pro-Umno itu sendiri bila diselesaikan dengan bersepakat.


No comments:

Post a Comment