Tuesday, July 7, 2009

Nik Aziz Akur Kebaculan Najib Enggan Berdebat

KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.


Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.


"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," kata Nik Aziz.


"Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian. Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata najib bila ditanya tentang pelawaan debat itu.


Nik Abdul Aziz berkata "Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi."


Johor Daily percaya Najib tidak akan terima cabaran Nik Aziz kerana Najib sudah terbukti kebaculannya dengan pelbagai alasan untuk berhadapan dengan Nik Aziz. Pepatah melayu paling popualar ada berkata, "Berani kerana benar, takut kerana salah".


No comments:

Post a Comment