Thursday, July 16, 2009

MCA Buka Fail Lama Dr. Chua

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diarahkan supaya memberi keterangan di hadapan Lembaga Disiplin parti bulan depan berhubung aduan yang dibuat oleh seorang ketua bahagian berkaitan pembabitannya dalam DVD skandal seks.

Lembaga lima anggota yang diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha dan bekas Menteri Kesihatan Ng Cheng Kiat akan mengendalikan pendengaran itu dan satu notis telah pun dikeluarkan kepada Dr Chua supaya menghadiri pendengaran berkenaan di Wisma MCA pada 4 Ogos.

"Kes Dr Chua adalah satu daripada 40 kes tertunggak dalam fail yang perlu disiasat oleh Lembaga Disiplin. Aduan itu dibuat beberapa bulan sebelum pemilihan parti tahun lepas namun lembaga pada ketika itu memutuskan untuk menangguhkan apa jua siasatan memandangkan pemilihan parti telah hampir.

"Memandangkan pemilihan parti sudah selesai, Lembaga Disiplin akan meneruskan siasatannya ke atas perkara itu bersekali dengan kes lain yang telah difailkan," katanya.

Sumber itu berkata Lembaga Disiplin sehingga kini hanya mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin MCA setempat di Perak dan Johor berikutan aduan daripada anggota parti.

No comments:

Post a Comment