Thursday, July 2, 2009

Ong Pula Mempertikai Pakatan Rakyat

PULAU PINANG - Setelah MCA menerima kekalahan teruk pada PRU-12 Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat membidas gabungan Pakatan Rakyat yang yang dakwanya telah mengaburi mata rakyat mengenai hubungan mereka yang kukuh tetapi sebaliknya ia mengalami keretakan .


"Saya bukan Pak Nujum tetapi kita boleh nampak dengan jelas bahawa pakatan mereka adalah atas kepentingan yang sempit dan ia tidak akan lama. Mereka asyik tabur fitnah dan ini tidak dapat menegakkan kebenaran," katanya.


Ong turut menyelar gabungan Pakatan Rakyat yang sering menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.


"Untuk menyalahkan kerajaan terdahulu adalah cara paling mudah untuk melepaskan diri daripada masalah. Sekarang genap 15 bulan mereka berkuasa dan kalau benar kerajaan terdahulu buat silap, takkan kerajaan sekarang tidak boleh membetulkannya?," kata Ong.


Mengenai perkhidmatan feri Pulau Pinang, Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya telah menerima cadangan menyeluruh daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) dan sedang mengkaji kemungkinan PPC mengambil alih perkhidmatan itu daripada Penang Port Sdn Bhd.


Ketika ditanya mengenai cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk mengambil alih perkhidmatan feri itu, beliau berkata, kementerian tidak menerima sebarang pandangan atau cadangan daripada kerajaan negeri mengenai perkara itu.


"Kalau nak ambil alih, takkan cakap sahaja tanpa sebarang perancangan yang menyeluruh," katanya dengan nada menyindir.


No comments:

Post a Comment