Friday, July 3, 2009

Media Pro BN Terlalu Mengarut - Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada Pakatan Rakyat negeri itu. Dengan mencela beberapa media, Anwar berkata, "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin tak ada media yang besar. Itu bezanya ".


Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara pemimpin Pakatan Rakyat. Sementara itu Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius. Manakala Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden Pakatan rakyat pada Sabtu ini. Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah.


Johor Daily berpendapat isu kandang babi ini berjaya mempopualarkan lagi persepakatan Pakatan Rakyat seperti isu pembinaan kandang babi moden di Selangor.


No comments:

Post a Comment