Friday, July 10, 2009

Nik Aziz Pelawa Nasha 'Meriahkan' Manek Urai

KOTA BAHRU- Selepas media melaporkan mengenai "kehilangan" Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa di dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa Nasharuddin untuk turut sama berkempen.


Menteri Besar Kelantan itu juga mengakui pada peringkat awal beliau tidak mahu Nasharuddin datang berkempen atas alasan strategi politik, namun sekarang beliau menganggap peranan Nasaruddin masih diperlukan .


"Saya tidak mahu dia datang pada hari pertama itu kerana khuatir akan dicerca ketika berucap atau berceramah. Memanglah saya tak bagi dia mari, sebab kalau diboo sayapun rasa malu," katanya .


Sebelum ini, Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin meletak jawatan berikutan sokongannya terhadap penubuhan kerajaan perpaduan tetapi kemudian menarik balik kenyataannya itu. Ketiadaan Nasharuddin semasa hari penamaan calon telah memeriahkan para wartawan mengupas berita untuk mengisi media milik majikan mereka.


"Saya harap dia dapat datang ke Manik Urai untuk turut berkempen dalam pilihan raya kali ini, kerana untuk membersihkan nama baik beliau selain kehadirannya penting untuk berkempen bagi pihak Pas," . "Sekarang saya sudah benarkan dia datang, nak tebus nama baik dia sendiri, berikutan isu kerajaan perpaduan dan macam-macam kemelut dalam Pas," katanya.


No comments:

Post a Comment