Thursday, July 9, 2009

Hishamuddin Beri Amaran Kepada Husam

KUALA KRAI - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pihak tertentu jangan membuat tuduhan liar terhadap pasukan polis yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan ketenteraman sepanjang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai.


Sebelum ini Anggota PAS Pusat Datuk Husam Musa ketika berceramah mengibaratkan khemah polis di Manik Urai seperti khemah tentera Amerika Syarikat sebelum menyerang Iraq.


"Kita buat khemah untuk penempatan anggota pun dikatakan seolah-olah khemah tentera Amerika Syarikat di Iraq. Ini mungkin satu gurauan tapi ia cukup menyayat hati bila mendengarnya. Kita tak harap mereka ucap terima kasih tapi cubalah beradab sikit," katanya .


Beliau turut menolak dakwaan ada konspirasi antara polis dengan Pemuda Umno untuk menjatuhkan reputasi Nik Abdul Aziz apabila polis menyiasat laporan yang dibuat pergerakan itu berhubung ceramah Mursyidul Am PAS itu pada 21 Jun lalu yang antara lain menyamakan perjuangan Umno seperti Ayah Pin , komunis dan Chin Peng serta menolak prinsip agama dan ketuhanan.


"Pemuda Umno tidak ada kena mengena dengan polis. Sepanjang pegang kementerian ini, saya lihat pihak polis profesional dan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab," katanya.


"Kita tak boleh sekat tetapi kita boleh kawal," katanya mengulas hasrat sekumpulan peniaga ikan yang dikatakan ingin membuat bantahan berhubung penggunaan perkataan 'peraih ikan' untuk merujuk calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah yang merupakan pemborong ikan di Pasar Laloh, esok.


Sementara itu Johor Daily berpendapat, kata-kata Hisham adalah sandiwara basi BN kerana setiap kali pemimpin 'besar' berkempen diiringi polis( tujuan membodek). Manakala pemimpin Pakatan Rakyat dianak tirikan. Jika ada pun untuk merakam pergerakan dan ceramah.


No comments:

Post a Comment