Wednesday, July 1, 2009

Pulau Pinang Melangkah Era Ekonomi Dinamik

PULAU PINANG - Bagi memastikan ekononomi Pulau Pinang setiasa dinamik dengan peredaran masa kerajaan negeri itu akan mewujudkan pejabat pelaburan dan pelancongan di Singapura dengan matlamat menarik lebih ramai pelabur dari republik itu ke Pulau Pinang.

Ini akan menjadikan Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia yang membuka pejabat di luar negara. Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkan pembukaan pejabat itu sebagai menggambarkan hubungan ekonomi yang semakin berkembang antara Pulau Pinang dan Singapura.

Beliau bercakap selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Jetstar ke negeri ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini hari ini.

Sementara itu, Lim berkata terdapat 42 penerbangan seminggu bagi laluan Singapura-Pulau Pinang, dengan Singapore Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia dan Jetstar masing-masing mengadakan tujuh penerbangan setiap hari manakala SilkAir pula 14 penerbangan.

Beliau berkata kerajaan telah pun memberi lampu hijau kepada syarikat penerbangan berkenaan untuk meningkatkan penerbangan mingguan mereka kepada 84, bagi laluan antara kedua-dua bandar raya itu.

No comments:

Post a Comment