Wednesday, July 8, 2009

PM Harap Felda Realisasikan Makanan Segera

SEGAMAT – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda perlu melalui proses pemodenan dalam usaha transformasi pembangunan tanahnya dengan muncul sebagai Gedung Makanan Negara seberapa segera. Namun pelbagai pihak mempertikaikan kenyataan itu kerana tiada kertas kerja dibincangkan sebelum ini.


Najib yang tidak beryakinan harga sawit dan getah menjamin pendapatan yang baik pada masa akan datang, berharap impian menjadi Gedung Makanan Negara dapat direalisasikan. Sebelum ini Persatuan Anak- Anak Peneroka Felda (ANAK) sering mempertikaikan pengurusan Felda kerana penyelewangan dan pengurusan 'sambil lewa'.


Menurut Najib lagi, “Setiap peneroka memiliki empat hektar tanah dan kawasan yang lapang atau kosong boleh digunakan untuk menanam tanaman bagi mendatangkan pendapatan tambahan kepada mereka.”


Sementara itu Johor Daily dimaklumkan Felda sehingga hari ini masih belum menyaman Presiden Anak iaitu Mazliman Aliman walaupun notis yang diberikan telah luput tarikh. Dalam kenyataan sebelumnya Mazlan mengalu-alukan saman itu kerana beliau mendakwa banyak bukti telah disediakan.


Setiausaha Agung ANAK, Zabidie Abas memberitahu Johor Daily bahawa ANAK hampir setiap hari menjelajah keseluruh negera bagi mendengar rintihan peneroka yang ditindas dan memberi penerangan tentang penindasan pengurusan Felda .


1 comment:

  1. felda oh felda byk cakap atas angin.Generasi 2 mohon pnjaman mcm2 alasan di beri.Penat kami buat kerja felda mengaku dia punya.Tak nampakpun usaha felda nk bantu G2.Yg nampak felda fikir mcm nak potong duit peneroka.Potong sana potong sini. tkda hitam putih.
    Sekarang felda nk peneroka hidup mcm orang kg. Habis mana perginya duit kami yg felda kutip selama ini.
    Duduk di felda semua brbayar.jalan bayar,sampah bayar, bunga bayar. Kutip duit keceriaan utk buat anugerah .Sebenarnya semua duit felda yang ambik...felda oh felda....

    ReplyDelete