Monday, July 13, 2009

Nik Aziz Perjelas Ketiadaan Nasharuddin

KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak tahu yang Timbalan Presiden parti Nasaruddin Mat Isa sakit dan menjalani pembedahan yang menyebabkannya tidak dapat hadir pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai.

"Saya tak tahu langsung. Tak adapun orang beritahu...rupanya dia sakit, kena operate (bedah), saya tahu sangatlah orang kena operate, sebab saya sendiri pernah kena operate."Kalu saya tahu awal-awal lagi saya tak minta dia datang," kata Menteri Besar Kelantan itu .

Kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang kesal kerana Nasaruddin tidak hadir pada hari penamaan calon itu telah menyebabkan pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi selepas beliau dicabar meletakkan jawatan parti dan anggota Parlimen Bachok, berikutan mempertahankkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasaruddin hanya muncul semalam pada majlis solat dhuha bersama Nik Abdul Aziz di Manik Urai walaupun tidak sempat menyampaikan ceramah kerana keuzurannya. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Nasaruddin kerana kehadirannya itu dapat meredakan keadaan dan anggapan sesetengah pihak terhadap isu "kehilangannya" dalam kempen PAS di Manik Urai.

No comments:

Post a Comment