Monday, July 13, 2009

Pemimpin Gomol Balok, Rakyat Makin Belok

KUALA KRAI - 'Pemimpin gomol balok, Rakyat makin selok' , sepanduk Barisana nasional menarik perhatian ramai di Manik Urai, kawasan DUN yang akan berdepan dengan pilihan raya kecil esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kain rentang itu membayangkan realiti sebenar apa yang berlaku di Kelantan. Tambahnyanya kerajaan negeri itu yang ditadbir PAS sejak hampir 20 tahun lalu, bergantung kepada balak sebagai hasil utama negeri.

"Tahun lalu, Kelantan dapat RM400 juta hasil balak, tahun depan ia dijangka makin berkurangan, begitu juga tahun-tahun akan datang," katanya.

Pengarah Perhutanan Kelantan, Datuk Abdullah Sani Shaffie berkata sektor pembalakan menyumbang sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus kepada pendapatan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya kebanyakan lori itu membawa kayu balak pelbagai jenis dari kawasan pembalakan utama di Kelantan, Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. "Ada kalanya cukai yang dikutip mencecah RM4 juta, bergantung kepada keadaan cuaca. Kadang-kadang kerja-kerja penebangan kayu tidak dapat dijalankan semasa hujan," katanya.

Menurut beliau, pegawai perhutanan di situ dapat mengenalpasti lori-lori yang membawa kayu balak yang ditebang di kawasan yang dibenarkan berdasarkan tanda yang diletak pada kayu-kayu berkenaan.

No comments:

Post a Comment