Johor Bahru - Selepas Tan Sri Muhiyiddin Yassin dipersalahkan oleh Dewan Perniagaan melayu Malaysia Johor dengan saman RM 322 juta, kini satu lagi tokoh politik dari Johor yang juga Naib Presiden Umno yang juga menteri Dalam Negeri disaman dan dituntut meletakkan jawatan.Dalam tuntutan Majlis Peguam itu, bekas ketua Polis Johor dan kini sebagai Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan juga dituntut pekara yang sama. Bagi Majlis Peguam tindakan Menteri dan Ketua Polis Negara itu langsung tidak professional dan berbau tindakan politik pada 7 Mei 2009.
Tuntutan itu berlaku setelah lima peguam ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.
Ia mencetuskan kemarahan masyarakat peguam, bagi mereka ia tidak sepatutnya berlaku dan tindakan itu memalukan Kementerian Dalam Negeri.
Semalam kira-kira 200 peguam mengadakan bantahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari berikutnya terhadap "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis". Dan untuk menyatakan kemarahan mereka.
Majlis Peguam dikatakan telah mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (AGM) hari ini berhubung perkara tersebut. Johor Daily dimaklumkan ia dihadiri 1,429 peguam dan 81 pelatih peguam.


No comments:
Post a Comment