KUANTAN - Susulan daripada isu saman kes balak RM63 juta yang dihadapi oleh MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Baru-baru ini, tanggal 13 Mei 2009 satu laporan polis telah dibuat oleh Pengarah Urusan syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM), Syed Ali Badaruddin Syed Osman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Kepada syarikat terbabit ke pada bulan April 2009 yang lalu, iaitu (i) Umum mengetahui bahawa kes Menteri Besar Pahang ini lebih kurang sama dengan kes Zambry di Perak. Mahkamah Tinggi Kuantan yang bersidang pada 6 Mei 2009 lalu telah mendengar permohonan Adnan, untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta tarikh 29 Mei 2009 .
Hakim Datuk V T Singham telah menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah dan Syarikat Seruan Gemilang Makmur yang diwakili peguam Rajoo D Moothy. Namun laporan polis yang dibuat oleh Syed Ali baru-baru ini adalah berkaitan dengan bukti penyelewengan dokumen yang berkaitan. Menurut Syed Ali beliau telah menerima dua salinan dokumen dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri PahangSurat Jurukur Bersatu bertanda D15 bertarikh 17 Julai 1998 dan (ii) Pelan Jurukur bertanda JB-P/P/8044 bertanda 2 April 2009 yang disahkan oleh Hj.Mohd Paiz Kamaruzaman. Dipercayai salinan dokumen itu telah dibuat salinan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dan diserahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri.
"Syarikat kami (SGM) telah membuat semakan dengan SPRM berhubung dengan perkara itu. Namun amat mengecewakan kerana SPRM telah menafikan ada membuat salinan pendua terhadap dokumen terbabit yang dihantar kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang" katanya.
Oleh Pahang Daily

No comments:
Post a Comment