Saturday, May 16, 2009

Muhuyiddin Minta MT PPP Berhenti Mengarut

MELAKA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pimpinan tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) bertindak segera menyelesaikan dalamannya.

Beliau berkata PPP mesti mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh ROS bagi mengelakkan tindakan dikenakan.

"Kita harap pimpinan tertinggi PPP akan bertindak dengan secepat mungkin berjumpa dengan pendaftar (ROS), kalaulah ada sedikit sebanyak apa-apa masalah biasanya ia boleh pertimbangkan dapat lanjutan tetapi mesti berjumpa ROS supaya segala kehendak yang ditetapkan dalam undang-undang itu dipatuhi," katanya lagi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut Presiden PPP Datuk M. Kayveas langsung tidak menghantar senarai anggota jawatankuasa PPP dan laporan kewangan parti kepada ROS sejak tahun 2002.

Mengikut laporan itu, difahamkan, PPP hanya menunggu masa sahaja untuk dibatalkan pendaftarannya oleh ROS kerana kesalahan tersebut.

Muhyiddin berkata "kita mahu PPP masih kekal dan serah kepada pihak pimpinan PPP untuk ambil tindakan mengatasi masalah itu".

No comments:

Post a Comment