Saturday, May 16, 2009

Jentera Penerangan Umno 'lemau' : Ahmad Maslan

KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian menganggap lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara lemau dan gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.

Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.

"Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya lagi.

Ahmad, yang baru dilantik ke jawatan itu pada selepas perhimpunan agung Umno pada Mac lepas, berkata beliau berazam untuk mengaktifkan kesemua jentera yang ada menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Johor Daily difahamkan ulasan tersebut ditujukan kepada Ketua Penerangan yang lepas dan semua penjawat dan pimpinan Umno yang lepas juga sekarang.


No comments:

Post a Comment