Johor Bahru - Malaysia melaporkan kes pertama kes jangkitan influenza A (H1N1) atau selsema babi melibatkan seorang pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat, ia disahkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.Pelajar lelaki itu kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, katanya kepada Bernama dari London. "Pelajar itu kembali ke Malaysia pada 13 Mei dan keesokkannya, dia mendapatkan rawatan selepas berasa tidak sihat. Ujian mengesahkan dia dijangkiti virus H1N1."
Katanya, kakitangan kesihatan sedang berusaha mengesan semua penumpang dalam penerbangan itu dan mereka yang berhubungan dengan pelajar itu sejak kepulangannya. "Ini amat penting dan semua perlu beri kerjasama untuk mencegah penularan wabak penyakit ini di negara ini. Kami telah mengambil pelbagai langkah pencegahan dan jabatan kesihatan sedang bekerja keras untuk mencegahnya," katanya.


No comments:
Post a Comment