Tuesday, May 12, 2009

MURUGIAH DAPAT PELURU

Kuala Lumpur - Timbalan menteri berkenaan telah menerima sebutir kelongsong peluru bersama nota yang memberi amaran kepadanya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti PPP.

Datuk T Murugiah menerima sebutir kelongsong peluru bersama satu nota yang memberi amaran kepadannya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti itu.

t murugiahDifahamkan, kelongsong peluru itu serta nota berkenaan ditinggalkan dalam sebuah bungkusan di luar pejabatnya di Putrajaya.

Murugiah yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, menemui bungkusan tersebut pada kira-kira jam 2 petang tadi.

Hubungan Murugiah dengan presiden PPP kebelakangan ini menjadi tegang dan timbalan menteri itu kemudiannya dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi parti itu.

"Timbalan menteri agak gementar sedikit ekoran insiden tersebut. Kami percaya ianya bermotifkan politik kerana popularitinya semakin memuncak," kata seorang pembantu Murugiah yang tidak mahu disebut namanya.

1 comment:

  1. Kepada yang berminat untuk membeli lirik lagu satu malaysia emailkan kepada http://bicaraselatan.blogspot.com/

    ReplyDelete