Johor Bahru - Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasaruddin Mat Isa, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Dr Harun Din, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu.Johor Daily dimaklumkan ia adalah sejarah baru bagi parti itu sejak ia ditubuhkan. Dari sumber tidak rasmi bermungkinan Husam dan Azizan akan menarik diri.
Bagi jawatan Naib Presiden ,sepuluh calon Naib Presiden layak untuk bertanding iaitu Datuk Hasan Ali , Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar , Datuk Mahfuz Omar , Nik Mohd Amar Nik Abdullah , Mujahid Yusof Rawa , Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin , Salahuddin Ayub, Taib Azamuddin dan Datuk Ibrahim Tuan Man .
Untuk jawatan lainnya seperti Dewan Pemuda dan Muslimat juga menunjukkan persaingan sengit. Johor Daily difahamkan gelompabang perebutan jawatan ini berlaku kerana pimpinan parti berteraskan Islam itu yakin Pilihanraya Umum Ke-13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Johor Daily diberitahu oleh seorang pendokong PAS bahawa diantara nama yang disebut mempunyai peluang cerah pada pemilihan June itu nanti ialah Nizar dan Mat Isa. PAS Johor berharap wakil anak jatinya Salahuddin Ayub menang dalam pemilihan itu.


No comments:
Post a Comment