Thursday, May 7, 2009

Perak : Kebodohan Membawa Padah kepada BN


Kuala Lumpur - Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad , Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Tambahnya lagi, " Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya" .

"Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagan yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan". Itulah ulasan beliau terhadapa peristiwa hitam yang memeningkan Najib da Anwar.

"Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya,"

"Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan."

"Dalam apa jua situasi pun, kita perlu mempunyai masa untuk berfikir, mungkin apa yang mereka (BN) lakukan adalah betul tapi masih kelihatan mereka gopoh," katanya ibarat memperbodohkan tindakan Najib Tun Razak menyorokan 3 ADUN Pakatan Rakyat dirumahnya menurut saksi.


No comments:

Post a Comment