Thursday, May 14, 2009

Perak : Najib Sedia Berbincang

Kuala Limpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bersedia mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Bagaimanapun, katanya, tidak harus ada sebarang prasyarat untuk mengadakan perbincangan tersebut dan ia harus terbuka untuk menerokai semua kemungkinan.

"Saya telah berkata, prinsip nombor satu ialah hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di Putrajaya pagi ini.

"Nombor dua, kita mesti mengikut aturan dan peraturan dalam Dewan dan di luar Dewan," tambahnya.

Perdana menteri juga menolak tanggapan bahawa BN takut untuk berdepan dengan pilihanraya di Perak - sepertimana yang dikehendak Pakatan - kerana bimbang BN akan kalah.

"BN tidak takut. Jika kita perlu berdepan dengan rakyat, maka kita akan berdepan dengan rakyat. Kita telah banyak kali berdepan dengan rakyat," tambahnya.

Najib juga ditanya mengenai gesaan pemimpin BN bahawa penyelesaian kemelut politik di Perak adalah dengan mengadakan pilihanraya baru di negeri itu.

Katanya, itu adalah satu daripada pilihan tetapi menegaskan bahawa di bawah perlembagaan, ia tidak semestinya sedemikian.

"Ia bergantung kepada Sultan untuk menimbangnya," tambahnya.

No comments:

Post a Comment