Kuala Lumpur - Siaran lintas langsung di Astro Awani jam 9.00 malam tadi menyajikan perdepatan tokoh veteran Datuk Ruhanie Ahmad bekas MP Parit Sulong dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin lebih dikenali dengan nama Sam.
Rancangan Sudut Pandang itu membicarakan isu kebebasan media yang sering ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat. Ruhanie yang juga bekas wartawan dan juga Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan licik mengupas isu kebebasan media. Ia tidak mustahil menyebelahi BN kerana itulah periuk nasi beliau sepanjang kerier politiknya. Sam yang sentiasa gagah dipentas ceramah acapkali mempertikaikan kewarasan Utusan Malaysia dan TV3 dalam memenangi dunia media.
Skop yang luas dibincangkan, media pro proganda kepartian dipertiakaikan oleh dua pendepat itu dan masing-masing menegakkan parti yang mereka dokongi. Rohanie yang cukup dikenali dalam politik Malaysia agak mudah menangkis persoalan yang Sam kemukakan dan dari pengacara rancangan.
Namun apa yang jelas, siapa yang diatas akan melaksanakan visinya. Begitu juga sautau hari jika nasib menyebelahi Pakatan Rakyat jika menang pada pilihraya akan datang. Tidak mustahil Utusan Malaysia menerima nasib seperti Suara Keadilan. Politik poligami amat payah berlaku adil.

No comments:
Post a Comment