Friday, May 15, 2009

Anwar Mahu Ketemu Najib

KUALA LUMPUR- "Kami sanggup membincang dan dengar pandangan Perdana Menteri berhubung krisis politik Perak," Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin pembangkang itu sudah bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan penyelesaian kemelut politik di Perak. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kepimpinan pembangkang ingin menyampaikan mesej bahawa mandat perlu dikembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan kepimpinan di negeri itu.

"Kami mohon satu penyelesaian yang aman, adil dan baik dengan Perdana Menteri," katanya.
Anwar menjelaskan bahawa kepimpinan pembangkang sanggup bekerjasama dalam menyelesaikan krisis tersebut dan bukan membentuk satu kerajaan perpaduan.

Anwar sebelum ini sering menemplak Najib dalam siri ceramahnya akur bahawa mahkamah secara tidak langsung dibawah cengkama parti pemerintah. Pada zaman beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, jabatan dan institusi kerajaan juga akur dengannya. Tiada siapa menafikan tindakan tersebut.

No comments:

Post a Comment