Friday, May 15, 2009

Mukriz Bendahari Umno Kedah - Shafie Afdal

ALOR SETAR - Umno Kedah telah melantik tiga muka baru untuk menduduki Badan Perhubungan Umno Negeri bagi menyusun semula Umno Kedah untuk merampas semula negeri itu dari Pakatan Rakyat. Johor Daily difahamkan oleh seorang ahli Pakatan Rakyat bahawa ia ada kaitan dengan kekayaan Datuk Mukriz Mahathir dan anak kepada bekas Perdana Menteri.

Ketua Umno Bahagian Langkawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dilantik sebagai Setiausaha . Datuk Jamil Khir Baharom pula dilantik sebagai Ketua Penerangan , Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Bendahari .

Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan pelantikan itu berkata pelantikan tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri yang beliau pengerusikan.

Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menjawat apa - apa jawatan kerana kecuaian dan kegagalannya mengekalkan Kedah dikuasai Barisan Nasional . "Rombakan ini dibuat untuk membolehkan Ketua-ketua Bahagian menumpu di peringkat masing-masing bagi melaksanakan satu gerak kerja baru secepat mungkin," kata Mohd Shafie .

Beliau berkata lagi, pelantikan Jamil Khir bertujuan untuk memantapkan jentera penerangan Umno Kedah bagi menangani isu-isu berkaitan agama yang berkait rapat dengan rakyat negeri Kedah.

"Saya akan pastikan gerak kerja ini yang akan dilancarkan dalam masa terdekat diterjemahkan sehingga diterima rakyat supaya Umno dapat merampas semula Kedah daripada pembangkang," tambah Mohd Shafie.


No comments:

Post a Comment