IPOH - Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan hari ini dibidas kerana mencadangkan agar DUN Perak dibubarkan, satu kenyataan yang dianggap boleh menimbulkan pergeseran dalam Barisan Nasional.
"Sepatutnya, dalam keadaan ini, beliau memberi perangsang dan menyokong kita," kata ADUN Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar .
Beliau berkata Teng seharusnya menumpukan perhatiannya kepada usaha pemulihan Gerakan di Pulau Pinang.
"Apakah Teng tidak tahu BN mempunyai suara majoriti di Perak. Adakah dia tidak tahu krisis yang berlaku ini berpunca dari Pakatan Rakyat yang enggan menerima hakikat yang mereka telah hilang suara majoriti," katanya.
Dalam sidang akhbarnya di Pulau Pinang semalam, Teng berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri itu.
Johor Daily dimaklumkan sebelum peristiwa lompat - melompat di Perak, Raja Ahmad pernah dikaitkan telah berunding pimpinan dengan Parti Keadilan Rakyat untuk menyertai parti tersebut. Malah Raja Ahmad yang dikatakan mempunyai darah Diraja sememangnya dikenali dengan tabiat ' sembur menyembur '. Kritikkannya adalah lumrah madia pihak media.


No comments:
Post a Comment