Thursday, May 14, 2009

KJ Kerah Pemuda UMNO Perak Bersihkan Nama BN

Kuala Lumpur - " Jentera Pemuda Umno Perak di setiap bahagian diarah turun padang serta-merta bagi membuat penerangan mengenai proses perundangan yang sedang diambil dalam menyelesaikan kemelut politik di negeri ini" , kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata penerangan itu hendaklah sampai kepada generasi muda walau di mana mereka berada bagi memastikan mereka mendapat gambaran sebenar masalah tersebut serta penyelesaian yang sedang dan akan diambil.

"Keadaan politik di negeri ini masih tidak menentu dan tidak semua mereka dan akar umbi mengetahui dan memahami kemelut yang melanda negeri ini.

"Kempen penerangan yang jelas hendaklah bermula sekarang supaya gambaran yang jelas diberikan kepada pengundi," katanya lagi.

"Keadaan ini menyebabkan mereka menerima bulat-bulat propaganda yang diuar-uarkan pembangkang," katanya.

Johor Daily difahamkan Khairi telah memujuk beberapa blogger pro Anwar Ibrahim agar berkerja dengannya. Ia dipercayai kerana popularitinya telah meroosot teruk setelah bapa mertuanya tidak berjawatan lagi dan dimalukan oleh Perdana Menteri baru dengan tidak diberi sebarang jawatan.

No comments:

Post a Comment