JOHOR BAHRU - Buat per tama kalinya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai meraikan 30 alumninya sempena Anugerah Citra Karisma 2008 .
Naib Canselornya, Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, alumni adalah komponen UTM yang penting kerana citra universiti tersebut menyerlah menerusi karisma mereka.
Katanya, meskipun para alumni tidak lagi ‘berkampung’ di kampus UTM, namun peranan mereka ba nyak mendorong kepada keunggulan UTM.

“Para alumni wajar dirai kerana mereka banyak beramal dalam pelbagai bidang, daripada profesional kepada ahli politik ternama, birokrat kepada ahli akademik dan sebagainya.
“Kejayaan mereka dalam pelbagai lapangan itu secara tidak langsung me lonjakkan nama UTM sebagai insti tu
Pada majlis yang sama, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM, dipilih sebagai pemenang Anugerah Kualiti Naib Canselor.
Selain itu, seramai 421 menerima penghargaan termasuk 335 kakitangan yang telah berkhidmat dengan cemer lang dalam bidang masing-masing pa da tahun lalu dipilih menerima peng hargaan menerusi 14 anugerah.
Salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah Penolong Pendaftar Perhubungan Media Hal Ehwal Korporat, Sabri Ahmad.
Sabri, 44, yang sudah berkhidmat di UTM sejak 25 tahun lalu sebelum ini pernah menerima anugerah yang sama sebanyak dua kali.
Anugerah Citra Karisma 2008 me rupakan acara tahunan anjuran UTM sejak 1997 bagi menghargai fakulti dan jabatan yang mempamerkan pe ngurusan kualiti cemerlang serta komitmen masing-masing.

No comments:
Post a Comment