Johor Bahru - Kerusi DUN Penanti tersebut kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohd Fairuz Khairuddin pada 16 April lalu.Umno Pulau Pinang tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya kecil Penanti walaupun keputusan muktamadnya akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN Isnin ini.
"Umno negeri tetap mengadakan persediaan bagi menghadapi kemungkinan kita bertanding," kata KetuaPerhubungan Umno Pulau Pinang , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama badan perhubungan itu malam tadi.
Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan kemungkinan BN tidak akan bertanding di Penanti kerana beranggapan pilihanraya kecil itu hanya membazir wang rakyat.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat BN perlu bertanding supaya dianggap takut berdepan dengan pembangkang.


No comments:
Post a Comment