CYBERJAYA - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang bagi menentukan siapakah yang layak menjadi Menteri Besar melalui usul undi tidak percaya.Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pilihan raya tidak perlu diadakan bagi menamatkan kebuntuan kemelut politik yang berlarutan di negeri itu sejak Februari lalu.
''Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru, boleh ditubuhkan.
"Jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya," katanya.
Dr. Mahathir ditanya mengenai pandangan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin parti komponen BN bahawa pilihan raya perlu diadakan di Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.
Menurut beliau, pilihan raya di seluruh negeri memerlukan kos yang tinggi selain ramai yang mengetahui bahawa keputusannya pasti tidak akan menyebelahi BN.
''Hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka. Itulah perasaan saya bahawa pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya". kata Mahathir lagi.


No comments:
Post a Comment