Monday, May 11, 2009

Mawi Bukan Ahli PKR - Ketua AMK Johor

Kulai - Hari ini , setelah beberapa bulan Mawi menafikan beliau pernah tebabit dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ketua Angkatan Muda keadilan Johor Zabidie Abas berkata Mawi sememangnya bukan penyokong dan ahli PKR. Dalam blognya http://amkj.blogspot.com beliau meminta maaf kepada Mawi diatas ucapannya semasa persidang parti itu pada November 2008. Ini adalah kenyataan pertama beliau keatas penafian Mawi terhadap penglibatan dalam PKR.

Katanya lagi " Mawi adalah penyokong Parti Keadilan Nasional ( PKN ), mungkin setelah pengabungan dengan beberapa parti untuk mengujudkan PKR artis itu telah berubah pendirian untuk bersama-sama Barisan Nasional. Tambah beliau lagi, pekara itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana bimbang periuk nasi artis akan terjejas.

Dengan nada bersahaja ketika di hubungi Johor Daily Zabidie mengatakan orang Taib Andak tahu siapa Mawi pada ketika itu. Merujuk kepada telahan Zabidie tentang Mawi pernah bersama-sama PKR memanjat pokok memasang bendera, Zabidie menjawab dengan nada bergurau " Kat akhirat nanti pokok tu mungkin akan menjawabnya".

No comments:

Post a Comment