Monday, May 11, 2009

Anwar Sedia Berunding Dengan BN

BUTTERWORTH - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Tidak ada alasan untuk Pakatan Rakyat menolak niat baik mana-mana pihak yang mahu mengadakan perbincangan demi kepentingan rakyat". Anwar berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh.

“Tidak ada alasan untuk kita menolak sikap baik sesiapa juga termasuk UMNO dan BN sekiranya ini disusuli dengan tindakan beradap dan mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa kerajaan BN sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Namun didalam blog rasminya http://anwaribrahimblog.com Anwar dengan lantang menuduh kerajaan BN telah memperkosa hak individu dan menyalahgunakan wang rakyat dengan rakus.


No comments:

Post a Comment