Kuala Lumpur - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah akan berjumpa Datuk Seri Najib Razak, Selasa ini bagi menjelaskan tuduhan politik wang sehingga membawa usul pemecatannya oleh Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk ( PPP ) .Murugiah yang juga Ahli MT PPP, berkata "Kebenaran akan muncul kemudian" MT PPP semalam sebulat suara meluluskan usul memecat Murugiah daripada parti itu kerana didakwa terbabit dengan politik wang. Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadirannya.
Johor Daily dimaklumkan bahawa Murugiah telah disabitkan dengan beberapa amalan sogokkan wang dengan tujuan untuk merampas kerusi Presiden PPP pada awal Jun 2009. M Kayvaes yang juga Presiden PPP kini dikatakan sedang kepanasan dengan pengaruh dan jawatan Murugiah itu.


No comments:
Post a Comment