Thursday, June 11, 2009

Hurai... Razak Dapat Anugerah Dari Universiti Oxford

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang menjadi perhatian dunia dalam perbicaraan berprofil tinggi kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia hingga dibebaskan lewat tahun lepas, telah dianugerah ijazah Doktor Falsafah oleh Oxford University, salah sebuah universiti terkemuka dunia.

Dr Abdul Razak berkata, beliau mengemukakan disertasi doktoratnya pada September 2006 tetapi universiti menangguhkannya kerana penangkapannya dua bulan kemudian berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Bila dilepas dan dibebaskan dari penjara pada 31 Okt tahun lepas, saya menulis semula kepada universiti, mereka memulihkan proses seluruhnya dan awal tahun ini mereka memberitahu saya bahawa saya telah lulus dan dianugerah ijazah Doktor Falsafah (DPhil).

Beliau berkata pada Oktober, beliau akan memegang jawatan sebagai anggota bersekutu kanan St. Antony's College di universiti itu.

Dengan jawatan ini, beliau akan menjalankan penyelidikan mengenai isu-isu antarabangsa. Dr Abdul Razak, yang belajar di Trinity College Oxford semasa membuat persediaan untuk doktoratnya berkata beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti pengajian di universiti-universiti utama.

"Terlalu kecil bilangan rakyat Malaysia yang memasuki Oxford, lebih kecil ialah bilangan yang mendapat DPhil dan lebih kecil lagi bilangan Melayu," katanya.

Dua anggota polis, Ketua Inspektor Azilah Hadri, dan Korporal Sirul Azhar Umar yang menanti hukuman mati pernah berkata di mahkamah bahawa beliau tidak mengenali Altantuya. Dakwa bekas anggota Polis itu, Razak yang mengenali Altantuya mengapa orang yang pernah 'menemani Altantuya ' dibebaskan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment