Tuesday, June 9, 2009

Murugiah Dakwa Kayveas Menyampaikan Cerita Donggeng

KUALA LUMPUR - Ahad lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meresmikan Perhimpuanan Agung PPP yang ke-56. Ia bagaikan isyarat bahawa M. Kayveas mendapat restu dari Najib.

Namun kisah 'Kala Jengking Dan Katak' yang diceritakan Kayveas semasa Perhimpunan itu semalam adalah dongeng yang tidak dapat menutup kebenaran parti itu mungkin dibatalkan pendaftarannya, kata Datuk T. Murugiah.


Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Murugiah berkata ahli-ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) "bukan lagi bayi ataupun kanak-kanak yang boleh diperdayakan dengan nyanyian, buaian mahupun cerita waktu tidur".

Murugiah, yang dilucutkan keahlian dari PPP, turut menekankan bahawa perjumpamaan yang lebih tepat bagi PPP buat masa ini ialah "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi".

"Ahli-ahli PPP yang memberi keyakinan dan sokongan penuh kepada Datuk M. Kayveas sejak 1993 ketika beliau mengambil alih kepimpinan PPP digemparkan dengan berita bahawa parti ini berdepan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya.

"Malah, mereka juga rasa tertipu apabila mengetahui bahawa wang yang dikutip sejak 2002 untuk yuran keahlian dan sumbangan untuk Tabung Universiti PPP dan Koperasi PPP tidak diaudit dan tidak mempunyai rekod langsung," kata Murugiah.

Beliau turut menyatakan rasa muak dan bosan ahli-ahli PPP dengan ugutan Kayveas untuk keluar dari BN sebagai cerita 'Gembala Kambing dengan Harimau'.


No comments:

Post a Comment