
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, penempatan anggota terbabit akan dilakukan secara berperingkat sebelum penamaan calon sehingga ke hari pembuangan undi.
Johor Daily mendapati pihak keselamatan terpaksa mengerahkan anggota yang ramai kerana Polis menjangka banyak masalah akan timbul disitu kelak.
"Kawasan itu akan dipantau sepenuhnya bermula dari tarikh penamaan calon dan selepas pembuangan undi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
''Sehubungan itu, kita sudah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenainya," katanya kepada pemberita sempena Majlis Perhimpunan Bulan Jun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata, semua persiapan kini berjalan lancar dan pengundi tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika keluar mengundi. "Pada peringkat awal, kita akan mengerahkan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta l dibantu oleh anggota dari Bukit Aman.
Johor Daily mendapati dua parti yang bertanding iaitu PAS dan Umno telah mula mengerakkan jenteranya sejak dua minggu lepas bagi memastikan kemenangan di pilihanraya kecil itu.
No comments:
Post a Comment