Tuesday, June 9, 2009

Giliran Pemuda Umno Terengganu 'Kipas' Hadi

KUALA TERENGGANU - Setelah Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau mengenai kerajaan perpaduan cetusan Datuk Seri Hadi Awang . Kini gilrian Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu berkata pemimpin PAS itu berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-PAS.


Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.


''Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS semalam.


Menurut Saiful Bahri, sudah sampai masanya pemimpin kedua-dua parti duduk semeja untuk mencipta kestabilan dan kemakmuran negara.


Beliau berkata, tindakan mereka yang menolak usaha itu bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kemakmuran negara berkekalan. ''Rakyat juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perpaduan dan kestabilan politik negara," ujarnya.


Sementara itu Ketua Pemuda PKR Johor, Zabidie Abbas berkata, kepada Johor Daily beliau mengikuti perkembangan ini secara dekat dan berpendapat PAS mempunyai cara tersendiri bagi mengukuhkan partinya.


No comments:

Post a Comment