Thursday, July 16, 2009

MOGA KETEMU LAGI

Johor Daily Insyallah akan kembali lagi selepas 30 Julai 2009. Terima Kasih diatas sokongan anda.

Megat Panji Alam
Changi, Singapore.

Gerakan Lapor SPRM Kerana Eng Tinggal Di Banglow

PULAU PINANG - Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berpindah ke banglo mewah di Jalan Pinhorn di sini berikutan kediaman rasminya dirosakkan anai-anai.

Naib Ketuanya, H'ng Khoon Leng berkata pihaknya membuat laporan berkenaan di sini selepas Lim enggan menjawab pelbagai persoalan berhubung isu banglo mewah itu.


Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan rumah berkenaan untuk diteliti oleh SPRM. "Kami harap SPRM akan menjalankan siasatan segera berhubung segala keraguan mengenai banglo itu," katanya .


Sebelum ini, Pemuda Gerakan Pulau Pinang memberi kata dua kepada Lim agar mengemukakan penjelasan yang logik berhubung tindakannya berpindah ke banglo berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM.


Bagaimanapun, sehingga tamat tempoh itu semalam Ketua Menteri masih enggan menjawab segala persoalan sebaliknya menyifatkan tindakan Pemuda Gerakan itu sebagai "kanak-kanak tadika".


"Kita telah beri tempoh kepada Lim untuk menjawab segala persolan yang ditanya, beliau bukan sahaja enggan menjawabnya sebaliknya dengan angkuh menggelar kami "kanak-kanak tadika", kata H'ng.


MCA Buka Fail Lama Dr. Chua

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diarahkan supaya memberi keterangan di hadapan Lembaga Disiplin parti bulan depan berhubung aduan yang dibuat oleh seorang ketua bahagian berkaitan pembabitannya dalam DVD skandal seks.

Lembaga lima anggota yang diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha dan bekas Menteri Kesihatan Ng Cheng Kiat akan mengendalikan pendengaran itu dan satu notis telah pun dikeluarkan kepada Dr Chua supaya menghadiri pendengaran berkenaan di Wisma MCA pada 4 Ogos.

"Kes Dr Chua adalah satu daripada 40 kes tertunggak dalam fail yang perlu disiasat oleh Lembaga Disiplin. Aduan itu dibuat beberapa bulan sebelum pemilihan parti tahun lepas namun lembaga pada ketika itu memutuskan untuk menangguhkan apa jua siasatan memandangkan pemilihan parti telah hampir.

"Memandangkan pemilihan parti sudah selesai, Lembaga Disiplin akan meneruskan siasatannya ke atas perkara itu bersekali dengan kes lain yang telah difailkan," katanya.

Sumber itu berkata Lembaga Disiplin sehingga kini hanya mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin MCA setempat di Perak dan Johor berikutan aduan daripada anggota parti.

PPSMI Adalah keputusan Mutamad - Muhyiddin

PUTRAJAYA - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan Kabinet minggu lepas adalah muktamad, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin .

Katanya walaupun ada gesaan supaya dasar itu dikekalkan di peringkat sekolah menengah, namun pendirian kerajaan adalah konsisten dengan tidak mengekalkan status quonya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata yang penting sekarang, adalah mencari kaedah memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ini termasuk memanggil pakar-pakar bahasa Inggeris dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulumnya yang baru.

"Setiap keputusan (Kabinet) mestilah konsisten, mungkin ada rasionalnya (sesuatu pandangan atau gesaan) kerana ia berdasarkan pengalaman. Dan saya tidak kata ia (cadangan itu) tidak bagus tetapi dalam konteks ini, kita mestilah konsisten selepas membuat sesuatu keputusan yang cukup besar (memansuhkan PPSMI)," katanya.

PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS

Johor Bahru - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya baru barapa tahun ditubuhkan. Jika ditolak dengan ADIL dan Parti Keadilan Nasional, PKR hanya berusia dalam 3 tahun. Jika dibandingkan PRU-11 dan PRU-12, kekuatan dan pengaruh PKR begitu besar berbanding PAS dan DAP.

Pilihanraya kecil juga memperlihatkan kekuatan PKR tidak boleh ditandingi oleh PAS. Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang dikatakan telah dipulau oleh PAS telah membuka mata banyak pihak termasuk pemerhati politik luar negara.

Keputusan Manek Urai menunjukkan PAS kini begitu kerdil dalam Pakatan Rakyat. Majoriti pengalisis politik mengatakan PAS hanya bermodalkan 'poster Nik Aziz berdoa'. Ada yang mengatakan jika Datuk Nik Abdul Aziz tidak berkerja keras dihari-hari terakhir, PAS bakal malu besar.

Selepas tokoh Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR, desas-desus bertiup kencang mengatakan bakal Menteri kesihatan dan juga mantan Timbalan Presiden MCA akan menyerai parti itu. Malah dengan kelompok MCA, bukan seperti Zaid yang mampir sendirian.

Pengamat politik sedang berkira-kira lagi siapa bakal 'termakan jampi' Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini. Ada yang mengatakan Datuk Seri Shahidan Kassim sedang menunggu waktu sesuai dengan gerombolan Umno Perlis. Adakala ia mustahil ? . Shahidan sebenarnya yakin Anwar akan berjaya PRU-13 nanti. Mungkin 2011 akan menyaksikan PKR menerima lambakan pemimpin berpengaruh dari Barisan Nasional terutama dari Umno dan MCA.

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak kelihatan mengikut punggung Anwar apabila kini menyerang Felda dan kaum berbangsa India yang dianggap undi penentu. Adakah ia berbaloi selapas Anwar melakukannya 3 tahun yang lepas. Dikatakan Anwar ketika ini sedang menjampi VVIP menyertai PKR, sedangkan Najib dan Mahuddin sibuk membuat 'correction'.

Anwar bergerak mengikut naluri politiknya, apakah langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk merampas Dewan Rakyat ?. Adakah berbaloi memperbanyakkan bendera PAS disekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok. Hadi masih lena dengan banyak kerusi 'dirumahnya'.

Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian Liwat

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya, Mahkamah Tinggi . Peguam Edmund Bon berhujah perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan.

"Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik," kata Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula.

Bon berkata dokumen yang diminta itu termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, kenyataan para saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan kenyataan polis.

Katanya pihak pembelaan telah berulang kali meminta pihak pendakwaan memberikan semua dokumen itu sebelum perbicaraan bermula tetapi tidak diendahkan.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah berurusan dengan Majlis Peguam dan mereka bersetuju dengan garis panduan Majlis itu bahawa dalam mana-mana kes, pihak pendakwaan patut menyerahkan dokumen yang diminta oleh pihak pembelaan tiga minggu sebelum perbicaraan bermula.

"Bagaimana pasukan pembelaan mahu mengendalikan jika pasukan tidak mempunyai sebarang idea mengenai dokumen itu. Bagaimana kami menjamin ketulenan dokumen berkenaan," katanya.

Seorang lagi peguam bela, Amer Hamzah Arshad, berhujah pihak pembelaan perlukan laporan kimia mengenai sampel DNA bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Satu daripada alasan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes liwat itu daripada Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi ialah kerana isu DNA itu yang dikatakan sangat rumit, namun pihak pendakwaan enggan memberikannya kepada pihak pembelaan, katanya.

"Dalam mengendalikan laporan DNA, pihak pembelaan perlu tahu mengenai rumusan ahli kimia atau penemuan dalam laporan DNA itu. Kami juga perlukan laporan DNA itu untuk dianalisis oleh pakar kami," katanya.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

S. Subramaniam Ada Harapan Menang

MELAKA - Bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam mengulangi pendirian tetap akan bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu pada pemilihan parti September ini.

Katanya terpulang kepada perwakilan untuk menilai karismanya sebagai "orang lama" dalam parti bagi membuat pemilihan tepat mengisi jawatan timbalan presiden.

"Saya tetap akan bertanding jawatan timbalan presiden, saya ada harapan (untuk menang)," katanya kepada pemberita di sini petang Rabu.

Terdahulu, beliau menghadiri Konvensyen ke-63 MIC negeri Melaka yang dirasmikan oleh Presiden MIC Datuk S. Samy Vellu. Turut hadir ialah Pengerusi MIC Melaka Datuk S. Raghavan.

Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa pemimpin MIC itu, Samy Vellu memberikan sokongan kepada timbalannya Datuk G. Palanivel bagi mempertahankan jawatan nombor dua parti pada pemilihan parti 12 Sept ini.

Mengenai kenyataan Samy Vellu yang memberi sokongan kepada penyandang, Subramaniam berkata: "Terpulang kepada Samy (Vellu) untuk membuat kenyataan itu, walaupun beliau (Samy Vellu) sebelum ini pernah berkata akan bersikap berkecuali dalam memberikan sokongan."

Palanivel turut mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada perhimpunan agung parti yang dijangka dihadiri kira-kira 1,400 perwakilan seluruh negara.

MANEK URAI : KEPUTUSAN SETIAP PETI UNDI

KEPUTUSAN SETIAP PETI UNDI N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN


1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)…….. 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN)………. 5,283


Jumlah mengundi………………. 10,631
Peratus………………………… 87%
Undi rosak…………………….. 117
Majoriti……………………….. 65


Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi


Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi


Komen Johor Daily :


1. Undi rosak melebihi majoriti

2. BN mencatatkan kenaikkan undi 899.

3. PAS menurun undi 398.

4. Pemerhati berkata PAS tidak mempu berkempen cara tersusun dan cuai dibanyak tempat.

5. Umno berkerja banyak disiang hari. PAS utamakan ceramah malam, siang hari hanya segintir yang berkerja.

6. PAS main isu lapuk seperti royalti, Kerajaan Pusat tidak adil dan mencerca perbadi pemimpin BN.

7. Kurang kerjasama di antara Pakatan Rakyat. Ada anatara pemimpin PR berkata PAS sombong tidak mempelawa mereka kerja bersama-sama.

8. Pemimpin utama PAS hanya berceramah dan bersalam dan tidak 'menjiwai' kesusahan penduduk.

9. Isu Kerajaan Perpaduan tiada manupulasi 'positif' untuk diekplotasikan. PAS gagal berpolitik untuk meyakinkan pengundi muda isu tersebut.

10. Ceramah kelompok dilakukan lebih banyak dari PAS.

* Hanya sekadar pandangan.



Wednesday, July 15, 2009

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo Dihukum 1 Tahun

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada hari Rabu menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun manakala empat lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) digantung selama enam bulan.

Kesemua keistimewaan mereka sebagai wakil rakyat juga ditarik balik sepanjang tempoh penggantungan itu.

Timbalan Speaker, Haniza Mohd Talha mengumumkan perkara itu setelah usul mengenainya diluluskan pada kira-kira pukul 3.05 petang selepas perbahasan oleh beberapa penyokong kerajaan iaitu Ng Suee Lim (Sekinchan); Shuhaimi Shafeie (Seri Muda); Amiruddin Shaari (Batu Caves); Hannah Yeoh (Subang Jaya) and Lee Kim Sin (Kajang).

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota DUN Sungai Panjang, digantung kerana gagal hadir sidang pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) pada Mac lepas berhubung pengunaan wang penajaan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) dan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina jawatankuasa itu dalam media.

Empat Adun BN yang turut digantung Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil) kerana kesalahan menghina SELCAT dalam media.

Usul itu mencadangkan kemudahan elaun dan faedah sebagai anggota DUN yang diterima Dr Mohamad Khir dan empat wakil rakyat BN ditarik balik sepanjang tempoh penggantungan.

Terdahulu, kesemua 20 wakil rakyat pembangkang daripada BN diketuai Dr Mohamad Khir keluar dewan sebagai tanda bantahan terhadap usul berkenaan.

Najib Gembira Keputusan Manek Urai

SHARM EL-SHEIKH - Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.

"Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan," kata Najib .

"ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi InsyaAllah.

"Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan," katanya.


Peguam Utama Tarik Diri Wakili Anwar

KUALA LUMPUR - Peguam Sulaiman Abdullah yang mendapatkan rawatan akibat pening di hospital menarik diri buat sementara daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam utama dalam kes liwatnya memaksa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Abidin Mohd Diah menangguhkan prosiding kepada pukul 2 petang hari ini.

Seorang daripada peguam bela Anwar S.N.Nair memberitahu bahawa Sulaiman telah memaklumkan kepada pasukan pembela bahawa beliau tidak mahu kes itu tertangguh disebabkan keadaan kesihatannya.

Sulaiman, telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (KLH) sejak minggu lepas untuk mendapatkan rawatan selepas beberapa episod diserang sakit kepala secara tiba-tiba.

Prosiding hari ini dijadualkan di mahkamah terbuka tetapi pada 9.15 pagi, peguam bela Anwar, Edmund Bon dan R.Sivarasa dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memasuki kamar Hakim Mohamad Zabidin.

Ketua AMK Johor Bidas ' Projek Mee Segera' Ala - BN

oleh : http//amkj.blogspot.com

Keputusan Manek Urai sudah diketahui umum.

AMK Johor mengucapkan tahniah buat 'abe Uji' yang berjaya mengekalkan kerusi tersebut untuk PAS dan Pakatan Rakyat khususnya. Sudah pasti media BN tidak henti-henti mengaku dirinya menang. Itu lumrah mereka, tidak tahu malu.

Projek 'pondok-pondok' mereka hanya berjaya mempengaruhi hanya beberapa peratus pengundi sahaja. Majoritinya agak lali dengan 'gula-gula' BN-Umno. Walaupun dengan 65 undi Abe Uji tetap juara . Tan Sri Muyiddin Yassin dan kelompok perasuah ,terpaksa ' mengigit jari ' lagi dengan pelbagai tipu helah.

Saya telah menjangkakan dan yakin sebelum ini PAS akan berjaya sebelum penamaan calon lagi , walaupun perkiraan saya BN-Umno berjaya mencuri beberapa undi atas pagar. Muhyiddin terkenal dengan kelicikkannya di Johor.

Petronas dan BN gagal menjawab kegagalan mereka menipu pembahagian royalti di Kelantan. Projek jambatan dan argomolitan adalah projek 'mee segera' mainan BN seperti pilihanraya yang lepas.

Jentera AMK Johor yang berhempas pulas di Manek Urai yang tidak menghiraukan kalah-menang harus dinobatkan sebagai 'Tentera kental Pakatan Rakyat". Tahniah kepada semua jentera Pakatan rakyat yang berjuang di Manek Urai.

BN-Umno pasti kalah dan terus kecundang dengan helah buruk mereka. Kepada Puteri Umno, saya berharap usah celupar. Pepatah ada berkata, " Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa ".

Zabidie Abas
Ketua AMK Johor

Pakatan Rakyat Selangor Pula Bercakaran

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mencabar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menamakan Exco kerajaan negeri yang didakwanya mempunyai hubungan dengan perniagaan haram.


''Kalau beliau berani, betul-betul anak jantan, namakan orang itu supaya tindakan undang-undang boleh diambil,'' katanya.

Jika Choo Keong enggan menamakan Exco terbabit katanya, beliau mahu Ahli Parlimen itu berhenti daripada membuat sebarang spekulasi dan menggunakan Internet untuk menyerang pihak lain.


Ahli Parlimen yang mewakili PKR itu di dalam blognya mendakwa terdapat Exco kerajaan negeri Selangor membenarkan pejabatnya digunakan untuk mengadakan mesyuarat bagi aktiviti perniagaan yang diragui.


Katanya, berdasarkan rekod Ahli Parlimen itu ketika berada di dalam DAP sebelum ini, beliau telah banyak membuat dakwaan melibatkan individu lain termasuk menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggunakan Permit Import (AP) miliknya untuk membeli kereta sekitar 1980-an.


''Saya percaya tuduhan dibuat Choo Keong itu ditujukan khas kepada DAP kerana beliau mempunyai rekod yang tidak baik dengan DAP,'' jelasnya.


''Beliau pernah menghentam pucuk pimpinan DAP dan saya marah dia. Selepas itu, kami berkawan semula. Saya hairan mengapa tiba-tiba dia buat macam ini. ''Sebagai orang politik yang duduk di dalam rumah kaca, dia tidak boleh lontar batu,'' ujarnya.


Xavier Tegur Cadangan Azmin Rombak Exco

SHAH ALAM - Cadangan rombakan barisan Exco kerajaan negeri Selangor akan terus diutarakan biarpun tidak dipersetujui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie berkata, majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor menyokong cadangan tersebut.


Namun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier A. Jayakumar pula menolak cadangan itu dan berpendapat ia sepatutnya dibincangkan pada mesyuarat peringkat dalaman.


ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman yang turut bersetuju dengan cadangan Azmin berkata, rombakan yang dicadangkan bukan merujuk kepada perubahan jawatan sahaja tetapi mungkin juga rombakan 'jiwa' para Exco.

''Sebenarnya apa yang dilakukan Azmin ada betulnya untuk kebaikan pentadbiran kerana sekarang ini memang ada masalah dalam pentadbiran. Ini merupakan satu mesej kepada barisan Exco agar memperbaiki kelemahan mereka,'' ujarnya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail pula berkata, beliau yakin jika cadangan itu ada asasnya dan boleh membawa kebaikan kepada kerajaan negeri, pasti Menteri Besar akan mempertimbangkannya.


''Kita boleh terima semua cadangan termasuk yang dilontarkan Azmin. Tetapi untuk rombakan Exco ini biarlah Menteri Besar yang tentukan kerana itu di bawah kuasa beliau,'' katanya.


Beliau juga menyifatkan Azmin membawa budaya baru dan ia tidak salah kerana kedudukan Exco bukan istimewa sehingga tidak boleh ditegur.


Aziz Terima Kekalahan Dengan 'Kemenangan BN'

KUALA KRAI - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Tuan Aziz Tuan Mat, menerima keputusan yang telah dibuat oleh pengundi kawasan itu dengan reda.

Beliau berkata kekalahan itu tidak akan melemahkan semangat beliau untuk berjuang dan memberi khidmat kepada masyarakat."Segala kelemahan akan dikaji untuk ditingkatkan lagi. Sekali gus untuk memberi saingan sengit kepada parti lawan pada masa hadapan.

"Sebagai Ketua Pemuda Umno Kuala Krai saya akan menjalankan tugas untuk menarik golongan muda untuk bersama-sama kita," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Pengarah Jentera Pilihan raya Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan seluruh pasukan jentera parti kerana berjaya memberikan saingan sengit kepada parti lawan.

"Walaupun saya kalah tapi kita telah berjaya mengurangkan majoriti undi PAS," katanya.

Penganalis Beri Amaran Kepada Pakatan Rakyat

KUALA KRAI- Johor Daily mengucapkan tahniah kepada PAS dan Mohd Fauzi Abdullah diatas kemenangan menewaskan Barisan Nasional. Walaupun BN menjanjkan ratusan juta projek pembangunan namum tidak banyak pengundi yang terperdaya .

Walaupun kemenangan tipis PAS di Manik Urai dengan majoriti 65 undi membuktikan PAS masih ampuh di manek urai. BN kecundang dalam usahanya menawan kubu kuat PAS.

Dari sudut politik ianya dilihat sebagai tamparan kepada PAS, yang pada awalnya yakin mempertahankan kawasan itu dengan majoriti selesa sehingga 2,000 undi mengikut bancian awal merekal.

BN berjani akan membawa pembangunan di kawasan itu, antara lain membina jambatan baru Kota Agropolitan, gagal memperngaruhi pengundi setia PAS. Dikatakan pengundi Nomad telah memberi 'air muka kepada BN-Umno semalam.

"Faktor jentera BN yang berkesan dan sistematik membawa kepada keputusan itu," kata pemerhati politik , Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, keputusan di Manik Urai itu tidak menggambarkan penolakan kepada mana-mana parti bertanding kerana majoritinya yang tipis.

"Ia juga bukan kekalahan total kepada BN," kata Ahmad Atory. "Kejayaan merapatkan jurang itu mengembalikan semangat UMNO bahawa mereka masih diterima orang Melayu khususnya di Kelantan," kata Ahmad Atory lagi.

Muhyiddin Tidak Kecewa Walaupun Kalah

Johor Bahru - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa kecewa dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

Beliau berkata walaupun tewas, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan sudah ada peningkatan sokongan yang agak jelas terhadap BN.

"Saya percaya ini petanda bahawa rakyat sudah faham menilai kepimpinan Perdana Menteri dan langkah-langkah yang diambil untuk membawa pembaharuan dalam negara," katanya malam tadi.

Muhyiddin berkata keputusan itu akan mendorong beliau dan rakan-rakan dalam BN untuk bekerja lebih keras bagi memastikan angin perubahan terus berlaku pada masa depan.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kemenangan mereka, selain turut mengucapkan terima kasih pada Pengarah Pilihan raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan seluruh jentera BN yang bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai memihak kepada PAS yang meraih 5,348 undi berbanding BN 5,283, menjadikan majoriti hanya 65 undi, iaitu perbezaan cuma 0.61 peratus.

Tuesday, July 14, 2009

RALLY Manek Urai : " Padan muka, PAS Sombong "

14 - 07 - 2009

09.00 malam
* Johor Daily mendapat pesanan ringkas (sms), " Padan muka. PAS Sombong " dari seorang pendokong Pakatan Rakyat.

08.59 malam
* Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi . Turun 398 undi
BN mendapat 5,283 undi. Naik 889 undi

06.11 petang
* Sebanyak 87.33 peratus telah keluar mengundi iaitu sejumlah 10,736 .
* Kelihatan penyokong Umno temakan ' sorak' PAS dan beransur pulang.
* Penyokong pakatan rakyat masih berkumpul di Kuala Krai.

04.47 petang
* Kem PAS kelihatan ceria dan yakin menang.
* 86.4 peratus atau 10,626 pemilih mengundi setakat 4.15 petang.
* Harakah Daily dakwa PAS menang dengan majoriti lebih 2,200 undi melalui 'kawat cam' pengundi.
* Pengarah Pilihanraya PAS istihar Pakatan Rakyat menang dengan majoriti lebih besar dari sebelumnya.
* Beberapa petugas PAS ditahan polis bagi membantu siasatan pergaduhan.

03.58 petang
* Sumber SPR mengatakan setakat ini angka pengundi hanya dalam 10,500 sahaja.
* Diberitakan hampir semua pusat pembunagan undi telah sepi dari pengundi.
* Petugas PAS diminta oleh pusat gerakan supaya berhati-hati agar tiada 'tangan hantu' menukar undi atau 'undi terbang' masuk ke peti undi.

03.20 petang
* Permerhati politik kagum dengan Nik Aziz yang masih berada 'dipadang'.
* Berapa saluran kelihatan kosong, berkemungkinan sudah tiada pengundi yang datang lagi.
* Belum ada berita terkini mangsa pergaduhan yang dikatakan cedera dan pengsan.

02.35 petang
* Nik Aziz dakwa dan gembira ramai pengundi luar pulang dan undi PAS.
* Kem BN yakin kemenangan berpihak kepada mereka.
* Ura-ura 'wang saku' Umno yang kehabisan , dimaklumkan telah diselesaikan.
* Puteri Umno mendakwa ada beberapa ahlinya terpaksa dihantar ke hospital akibat patah gigi dan cedera dibaling . Pergaduhan berlaku Sek. keb. Peria.
* Perayu PAS masih berkampung diluar pusat pembuangan undi, Perayu Umno dikata telah banyak yang pulang.
* Polis mendakwa provokasi berlaku sejak dari pagi. Ejek mengejek terus berlaku sehingga petang.
* Undi dikatakan sudah melebihi angka 10,000 yang hadir.
* Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

12.28 tengahari
* Pengundi luar dipercayai menuntut wang dari 'Agen Biru' untuk pulang ke Kota Bahru , K.Lumpur dalm lain-lain tempat.
* Pengundi berkata ia 'lumrah' setiap kali pilihanraya. Biasanya pengundi akan pergi ke lokasi yang sama untuk menuntut 'wang tambang balik'.
* Undi sudah melebihi 8,500 kata sumber SPR.

12.17 tengahari
* Beberapa pusat pembunagan undi kelihatan lenggang.
* Nik Abdul Aziz dikatakan berada di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.
* Muhiyiddin tidak dapat dikesan berada dimana, dipercaya sedang beristirehat di kamar Hotel menanti maklumat untuk pulang ke Kuala Lumpur atau menjulang kemenangan.
* Sebelum sesi petang dipercayai undi boleh mencecah 8,500 undi

11.56 pagi
* Mahfuz tidak yakin PAS boleh ulangi rekod PRU-12.
* Lebih 7,200 orang pengnudi telah hadir tunai tanggungjawap.
* penganalisi berkata mungkin pengundi yang datang sekitar 75% hingga 85%.
* Jentera perayu sudah mula rehat diwarung dan kem masing-masing.

11.05 pagi
* Kem PAS-Umno terus merayu undi, malah mereka menjerit-jerit mengejek satau sama lain.
* Pengundi masih beratur untuk mengundi.
* Petugas PAS dikatankan telah menangkap seorang lelaki melayu menyamar petugas SPR. PAS mendakwa lelaki itu dalang Umno.
* Suara perayu undi masih lantang kendengaran menyebut 'Altantuya'.

10.35 pagi
* Lebih 5,000 pengundi telah menunaikan tanggungjawab.
* Keadaan tenang tanpa pergaduhan.

9.30 pagi
* SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 %) telah keluar mengundi.
* Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS bergerak dari satu saluran - ke satu saluran dan terus berkempen.
* Polis belum lagi menerima laporan sebarang pergaduhan, menahan bas penghundi hantu dan perayu undi bergaduh.
* Cuaca terang dan tiada hujan.

8.10 pagi.
* Nik Aziz dilihat terus berkempen bersama calon PAS di pusat pembuangan undi.
* Jentera PAS berselawat untuk merayu undi
* Seorang wantia Umno mengamuk mendengar selawat dari perayu pas yang didakwa terlalu kuat.
* Wanita Umno berkempen dengan slogan Hidup Melayu
...........................................................................................

* Seorang pengundi dari Kg Slow Machang, membuat aduan polis terhadap Muhyidin kerana cuba menyogok pengundi.
* Calon BN menyatakan yakin menang
* SPR diramalkan umum keputusan jam 8.00 malam.
* Sehingga hari ini BN telah berjanji nilai melebihi RM140 juta projek jika menang.
* 8.00 pagi, semua pusat mengundi dibuka.
* Pelbagai media tidak memberi harapan besar kepada PAS.
* Nasharuddin dan Najib tidak kelihat sehingga hari ini.
* Najib yakin pengundi bawah 40 tahun bertukar arah ke BN.
* Muhiddin dakwa PAS tiada hak tuntut projek jika BN kalah.
* Polis dakwa pilihanraya paling aman sejak beberapa tahun(melibatkan BN-Umno bertanding).

13-07-2009

* Najib masih tidak kelihatan di Manek Urai tanda BN yakin menang.
* Petugas PAS dakwa BN secara jelas merasuah pengundi.
* Kelantan umum cuti peristiwa esok.
* Nik Aziz pertikai janji Muhyiddin bina jambatan. Janji Pak Lah bina jambatan masih tidak tertunai.
* Pengarah Pilihanraya PAS , Fatah Harun yakin PAS menang.
* Muhyiddin yakin PAS kecewa (kalah) esok.
* Jentera BN-Umno istihar menang mengikut kajian mereka.
* PAS mendakwa 58% undi bakal diperolehi
* Umno dakwa lebih 50% undi memihak pada BN.
* Pakatan Rakyat dakwa BN mengunakan jentera kerajaan dengan maksimun termasuk tentera, polis dan helikopter.
* BN gagal membawa Petronas untuk menjelaskan isu royalti.
* PAS gagal mengumumkan 'kejutan' seperti yang diwar-warkan semalam.
* Najib berkata, Manek Urai menunjukkan 'petanda baik'.
* Malaysiakini meramalkan BN bakal membuat kejutan esok.

12-07-2009

* 10 juta nilai jambatan jika menang - Muhyiddin.
* 125.9 juta menang atau kalah, peruntukkan pendidikan khas buat Manek Urai - Muhyiddin.
* PAS dakwa polis terlalu ramai dan menyusahkan lalu lintas.
* Muhyiddin anggap Nik Aziz dan Nasharuddin hanya sandiwara.
* Awang Adek kata pemimin PAS 'sapu' balak.
* Hampir semua pemimpin BN ulas dan bangga 100 hari Najib.
* Ibrahim Ali mencemuh Nik Abdul Aziz, PAS Kelantan dan semua ahli PAS.
* Ibrahim Ali yakin BN menang di Manek Urai.
* PAS umum buat kejutan esok.
* Sepanduk 'menyerang parti lawan' semakin banyak.
* Anwar cabar SPRM siasat kempen unsur rasuah. TPM janji jambatan.

11-07-2009

* Najib turunkan tol 20% bersyarat dan sepuluh diskaun untuk rakyat.
* Shaziman dengan nada gurauan segera menjawab: "Oleh kerana saya sudah makan dua ulas buah durian, maka saya akan tunaikan permintaan pak cik. Pak cik jangan risau lepas ini insya-Allah kita bantu."
* Nik Aziz masih menanti surat balasan dari Najb.
* Bilik gerakan PKR diarah tutup.
* Lokman berkata hanya BN-Umno penyelamat Malaysia.
* Najib umum 11 pelan 'diskaun' bantu Muhyiddin di Manek Urai.
* Nasharuddin dan Nik Aziz sholat Dhuha bersama-sama.

10-07-09

* Nik Aziz pelawa Nasharuddin ke Manek Urai.
* Calon PAS dan Umno mula tembusi kubu lawan.
* Salahuddin Ayub dakwa Muhyiddin gadai hak melayu semasa jadi MB Johor.
*Ramai menteri Kerajaan Pusat makin berkampung disitu. Pelbagai janji mula ditabut termasuk berbaiki jalan dan sekolah.
PAS 'bankrup idea' dengan terus ungkit royalti minyak- Muhyiddin.
* Nik Aziz enggan layan keranah Muyiddin.
* Khairy dakwa PAS makin terdesak dalam pelbagai isu.
* Muyiddin janji mahu jadikan Manek Urai Agromolitan.


09-07-09

* Perang poster dan sepanduk semakin hebat. "Nik Aziz" makin banyak disitu.
* Isu royalti : Husam dakwa Khairi alih topik yang asik persoalan kehadiran Nasharuddin.
* Nasharuddin dijangka akan buat kejutan dalam beberapa hari.
* Kebakaran gerai Noor Asiah 'membawa' rahmat. Calon berrebut menghulur bantuan.
* Muyiddin 'tendang' isu royalti kepada Petronas.
* Hishmauddin beri amaran kepada Husam mengenai 'khemah tentera USA'.

08-07-09

* Anggota Umno Perlu Fahami Citarasa Masyarakat Untuk Kekal Relevan - Muhyuddin.
* MAFREL: Amalan rasuah berlaku dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan dan agensi kerajaan.
* Peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.
* Media masih memburu Nasharuddin.
* Muhyiddin mula kalam kabut dengan celupar mulut Datuk Mustapa mengenai 'Isu Peniaga Ikan'.
* Husam dakwa khemah Polis seperti khemas tentera USA di Iraq.

07-07-2009
* Media masih mencaci dan mencari Nasharuddin Mat Isa.
* Najib Razak nasihat UMNO-PAS jangan guna taktik kotor. (seperti yang beliau lakukan di Permatang Pauh)
* Datuk Seri Anwar & Dato' Nik Aziz berada di Kg. Chucuh Puteri.
* Datuk Mustafa Mohamad mula menyerang peribadi calon PAS dengan mengatakan Fauzi pependidikkan rendah.
* Presiden PAS enggan melepaskan 'Anjing Tersepit'.


06-07-2009
* Hari Penamaan calon, hanya PAS dan Umno bertanding.
* Datuk Nik Abdul Nik Aziz mengimami Sholat Hajat bagi merasmikan kempen sebenar.
* KJ dakwa ribuan Pemuda PAS akan lompat ke Umno
* Murugiah akan pastikan 30 penguni undi BN.

05-07-2009

* 6124 Pelajar sekolah telah dirasuah oleh Kementerian Pendidikan.
* Datuk Ahmad Maslan menoreh getah.
* Sebahagian besar pemimpin Barisan Nasional dan pakatan Rakyat telah berkampung disini

Hanya Pandangan Johor Daily :
PAS : 5,150 -5,300 undi
Umno : 4,500 - 4,700 undi

* PAS Menang majoriti 350 - 550 undi.
* Tidak mustahil angka menang itu milik BN-Umno .
* Segi fokustik tekniknal graf, Umno sepatutnya 'crossover' PAS (undi Umno melebihi PAS).
* Jika pengundi yang hadir kurang 80%, peluang Umno sangat baik.

Data Pengundi Manek Urai 2009.

21 - 39 tahun : 5,598 orang
40 - 59 tahun : 4,511 orang.
60 - 79 tahun : 1,937 orang.

Monday, July 13, 2009

MARI BERSAMA KAMI

Ringgit Jatuh Lagi Hari Ini

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah berbanding dengan dolar AS Isnin di tengah-tengah wujudnya keraguan mengenai pemulihan ekonomi. Pada jam 5.00 petang, ringgit dicatatkan kejatuhan kepada 3.5950/5000 kepada setiap dolar AS berbanding dengan 3.5750/5800 semasa ditutup Jumaat lepas.

Dalam dagangan lewat, ringgit dicatatkan kebanyakannya rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Ringgit menjadi lemah berbanding dengan euro kepada 5.0104/0184 daripada 4.9728/9801 yang dicatatkan Jumaat lepas tetapi mengukuh berbanding dengan pound British kepada 5.7754/7848 daripada 5.8226/8315 sebelum ini.

Kejatuhan pasti berlaku lagi jika pilihanraya kecil dikelantan tidak memihak kepada parti memerintah iaitu Barisan Nasional. Sebelum ini Perdana Menterai berkata ekonomi Malaysia semakin baik dari sebelumnya.