Wednesday, July 8, 2009

Hadi Enggan Lepaskan ' Anjing Tersepit '

KUALA KRAI - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan parti itu sedia berbincang dengan UMNO untuk kebaikan rakyat .Beliau berkata, Pas akan lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang pelawaan untuk terbabit dalam perbincangan dengan UMNO kerana bimbang ia menjadi seperti melepaskan anjing tersepit.

Beliau berkata, usaha mengadakan perbincangan di antara Pas dan UMNO sudah pun dimulakan apabila Dewan Pemuda Pas secara terbuka menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah.


''Sebelum ini ulama Pas juga pernah diajak untuk bersama mengadakan perbincangan. Pakatan pembangkang sudah tentu akan memberi persetujuan mengenai usaha ini demi kebaikan negara. Bagaimanapun, kita lihat dulu , sebab kita tidak mahu pelaksanaan usaha itu bagaikan melepaskan anjing tersepit," katanya.


Hadi berkata dengan tegas, ''Lepas anjing tersepit ini bahaya, salah buat, dia akan gigit kita semula. Tujuan utama perbincangan itu ialah kita hendak selamatkan UMNO dan tunjukkan jalan yang selamat" .


Mustafa Memandang Rendah Pendidikan Calon PAS

MANEK URAI -Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata,Beliau bagaimanapun tidak menolak wakil rakyat yang berpendidikan rendah dan kurang pengalaman juga boleh membantu rakyat .


Beliau memandang rendah calon PAS dengan berkata,"Kalau nak jadi wakil rakyat, calon kena ada ilmu, ada pengalaman barulah mudah rakyat nak minta tolong, saya yakin calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat boleh dan tahu cara nak bantu.


"Jadi buatlah pilihan yang tepat sebab kalau silap, payahlah rakyat nak minta tolong dalam urusan rasmi."Kalau kurang ilmu dan pengalaman, bukan tak boleh tolong rakyat cuma pertolongan itu tak berapa jadi," tegasnya.


Tuan Aziz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mempunyai pengalaman kerja dalam sektor korporat serta awam. Calon Pas pula, Mohd. Fauzi hanya menamatkan pendidikan sekolah rendah dan Sekolah Agama Pondok Sungai Durian, dekat sini dan bekerja sebagai pemborong ikan di Pasar Kuala Krai.


Sementara itu Johor Daily dapati banyak Yang berhormat dari Banrisan nasional hanya berpelajaran rendah seperti ADUN nusajaya, Datuk Aziz Sapian yang hanya Sijil pelajaran Malaysia yang sebelum ini hanya berpengalaman sebagai seorang pemandu.


Tuesday, July 7, 2009

Nik Aziz Akur Kebaculan Najib Enggan Berdebat

KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.


Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.


"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," kata Nik Aziz.


"Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian. Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata najib bila ditanya tentang pelawaan debat itu.


Nik Abdul Aziz berkata "Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi."


Johor Daily percaya Najib tidak akan terima cabaran Nik Aziz kerana Najib sudah terbukti kebaculannya dengan pelbagai alasan untuk berhadapan dengan Nik Aziz. Pepatah melayu paling popualar ada berkata, "Berani kerana benar, takut kerana salah".


Eng Temui Penduduk Kampung Buah Pala Esok

PULAU PINANG - Pekong yang dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan terjawab esok apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng bersetuju bertemu penduduk Kampung Buah Pala .

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy mengesahkan Lim akan menemui penduduk kampung itu di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada 11.30 pagi.

"Ketua Menteri tidak mahu jumpa penduduk tempoh hari kerana beliau hanya mahu berjumpa penduduk tanpa kehadiran orang yang bukan penduduk," katanya .

Lim dilaporkan enggan bertemu penduduk kampung berkenaan kerana dakwanya tugas menyelesaikan isu kampung itu telah diserahkan kepada kedua-dua timbalannya dan beliau tidak mahu mereka dilihat sebagai tidak mampu menyelesaikan isu itu. Pada sidang akhbar yang sama, Lim mahu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberi penjelasan mengenai isu kampung itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PM mungkin tidak tahu latar belakang projek itu. Kerajaan negeri sebelum ini di bawah pimpinan Koh patut bertanggungjawab untuk meminta bantuan daripada kerajaan pusat," katanya.

Najib Harap Muhyiddin Tidak Malukan BN-Umno

Johr Bahru - Setelah Barisan Nasional dimalukan dalam pilihanraya umum dan kecil dengan pelbagai tektik kotor ciptaan Perdana Menteri. Hari BN mahukan pertandingan yang sihat di dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johor Daily percaya teknik politik kotor Najib yang diamalkan selama ini telah berjaya menjatuh Tun Abdullah Badawi dan tidak mengapa BN kalah teruk. Mungkin yang penting bagi Najib cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ramai pengalisis politik berpendapat imej buruk Najib yang disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya dan kes liwat Mohd Saiful adalah strategi paling hina dalam pilihanraya yang dilakukan oleh BN dan Umno.

Najib yang serik dan malu dengan banyak pilihanraya kecil sebelum ini dijangka tidak akan berkempen di Manek Urai dan berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin dapa menebus malu yang telah beliau lalui.

Nasharuddin Jadi Buruan Para Wartawan

KUALA KRAI - Kini Timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dikategorikan sebagai ahli politik pembangkang popular sekarang ini . Ia berpunca kegelojohan Umno agar Kerajaan Pepaduan dijayakan selepas merampas Perak dengan cara habuan mewah.

Ia bertambah kontroversiapabila didesak meletak jawatan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Nasharuddin telah diburu oleh para wartawan di hari penamaan calon semalam tetapi beliau tidak hadir. Maka pelbagai spekulasi ditimbulakan oleh beberapa media.

Ia bertambah hangat apa bila dikatakan tidak akan berceramah pada kempen pilihan raya negeri Manik Urai. Pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron hari ini mengesahkan Nasharuddin tidak disenarai sebagai penceramah parti itu.

"Pada pengetahuan saya, nama Nasharuddin tiada dalam senarai pemimpin tertinggi PAS yang dijadual memberi ceramah sepanjang kempen pilihan raya kecil ini berlangsung," katanya.

Beliau yang ditanya wartawan kenapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir, berkata: "PAS tiada masalah tapi dia segan datang agaknya". Johor Daily dapati di seluruh negara pemimpin Pakatan Rakyat makin popualar dan kerap diburu wartawan.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Makin Merapu

PULAU PINANG - Perpindahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari kediaman rasminya, Seri Teratai ke sebuah banglo milik rumah keluraganya menyebabkan Ketua Umno Pulau Pinang naik angin dan memanggil wartawan bagi mencaci Guan Eng .

Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan dengan marah berkata, Guan Eng sepatutnya mempamerkan teladan yang baik kepada rakyat dengan mengotakan apa yang dikata bukannya sekadar 'omong kosong'.


"Kalau berpindah ke rumah biasa, mungkin rakyat tidak kisah sangat tetapi ini rumah mewah setelah diubah suai dengan menelan belanja dipercayai ratusan ribu ringgit.


"Kita bukan apa, dulu Guan Eng kata akan tinggal di rumah keluarganya sebagai langkah berjimat, kemudian berpindah ke Seri Teratai dan kini ke banglo mewah pula. Ini semua cakap tak serupa bikin," katanya .


Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini baru-baru ini atas alasan Seri Teratai mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.


Johor Daily dimaklumkan hampir semua ketua Bahagian dan Pemuda Umno mempunyai banglo mewah. Mungkin Ketua Pemuda Umno itu tersilap mencari pulisiti.


Mohan Singh Akhirnya Dikebumi Cara Islam

KUALA LUMPUR - Setelah sebulan mayat ditahan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh dekat sini kerana kekeliruan status agama, akhirnya jenazah Mohan Singh, dikebumikan mengikut cara Islam .

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Rohana Hassan berkata jenazah Mohan atau nama Islamnya Mohammad Hazzery Shah Mohan Abdullah itu dibawa keluar dari hospital itu pada pukul 6 petang untuk dibawa pulang ke rumah ibunya di Selayang Jaya.

"MAIS akan memberikan peluang kepada keluarganya untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum upacara pengebumian mengikut cara Islam," katanya .

Allahyarham Mohan memeluk agama Islam pada 11 Ogos 1992 di Pulau Pinang tanpa pengetahuan keluarganya sehingga berlaku perebutan antara MAIS dan keluarganya setelah Mohan meninggal dunia pada 25 Mei lepas akibat serangan jantung di rumahnya di Apartmen Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya .

Sebelum ini keluarga Mohan menuntut mayatnya untuk ditanam mengikut upacara agama Sikh di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, namun mahkamah itu hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh keluarga pengarah seni tersebut kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Selangor.

Sebelum itu, suasana di rumah ibu Allahyarham mendapati anggota keluarga Mohan mengadakan upacara sembahyang mengikut agama Hindu kira-kira sejam bagi memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

Murugiah Pastikan 100% Pengundi India Undi BN

KUALA KRAI- Presiden II Parti Progresif Penduduk (PPP) merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah berkata beliau akan turut memastikan 30 pengundi India di dalam kawasan DUN Manik Urai akan mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil di kawasan itu .

"Saya akan turut berkempen dan akan berada di setiap rumah pengundi terbabit bagi meminta mereka mengundi calon BN pada pilihan raya nanti," kata bekas Ahli Majlis Tertinggi PPP itu.

"Kami akan berada bersama masyarakat di kawasan ini bagi mendaftar mana-mana penduduk yang belum membuat kad pengenalan dan sebagainya," katanya. Murugiah berharap kakitangan kerajaan pusat akan mengundi BN.

Khir Dakwa Lim Tipu Fakta Dan Cemburu

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo di Seksyen 7 di sini dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti didakwa oleh seorang wakil rakyat dari DAP.

Katanya beliau membeli aset itu melalui pinjaman dari HSBC Bank tiga tahun lepas dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun."Saya beli rumah selepas lima tahun jadi Menteri Besar bukan sebaik sahaja menjadi MB," katanya .

Khir yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kehidupan mewah mencabarnya supaya menjadi ejen jualan asetnya itu dan beliau sanggup memberi komisen 50 peratus daripada harga jualan itu.

Khir kemudia mengalihkan tumpuan wartawan dengan berkata, ADUN Sekinchan itu membuat tuduhan itu kerana tidak puas dengan tindakannya memberi tumpuan di kawasan Sekinchan sejak kebelakangan ini.

"Saya pergi dari rumah ke rumah sejak sebulan lalu dan akan pergi ke setiap rumah di Sekinchan dalam dua tiga tahun ini. Ini yang dia marah sebab dah tak diterima di kawasannya.

Johor Daily berpendapat adalah adil Khir tunjuk semua bil dan kos keseluruhan Istana Bali itu. Rakyat Selangor masih beranggapan Khir penipu selagi semua bil dan inbois belum dikemukkan.

Khairi Dakwa Ramai Ahli PAS Akan Lompat Ke Umno

KUALA KRAI - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti pembangkang itu, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong Barisan Nasional .

Khairy berkata, beliau baru sahaja mendapat maklumat berhubung kewujudan kumpulan itu yang cukup ramai bilangannya, dan akan mengatur perjumpaan segera dengan mereka.

" Saya tidak mahu dedahkan perkara ini secara terperinci kerana ia masih di peringkat awal perbincangan dengan kumpulan ini," katanya .

Khairy yakin dalam masa terdekat akan ada kelompok yang akan mengistiharkan akan 'lompat parti'. Johor Daily mendapati budaya lompat parti masih popualar di Kelantan walau pada hakikatnya kadangkala ianya hanya borang kosong yang tebal.

Johor Daily berharap ada wakil PAS hadir untuk mengesahkan jika berlakunya 'Majlis Lompat Parti' bagi mengesahkan mereka yang menyertai Umno itu adakah sah semua perserta itu ahli PAS atau sebaliknya.

ADUN DAP Bawa Wartawan Melawat ' Istana Bali '

Shah Alam - ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta. Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

Lim berkata "Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut "khir toyo mansion 060709 06

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam. Menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

Monday, July 6, 2009

Thaksin Dikatakan Pernah Sembunyi Di Kuala Lumpur

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand yang kini menjadi pelarian Thaksin Shinawatra dilihat berada di Malaysia baru-baru ini tapi berjaya melarikan diri sebelum diberkas oleh pihak berkuasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Thaworn Sennian.

Beliau berkata dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.

"Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri," katanya .

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat mengenai bila insiden itu berlaku, dan menurutnya selepas insiden itu Thaksin berlepas ke Fiji.

NUBE Bawa EON Bank Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) sudah menfail aduan mengenai ketidakpatuhan terhadap perjanjian bersama oleh pengurusan EON Bank Berhad kepada Mahkamah Perusahaan, kata Setiausaha Agung kesatuan itu J. Solomon.

Beliau berkata lebih 2,000 pekerja EON Bank tidak menerima elaun makan dan kerja lebih masa yang penuh disebabkan ketidakpatuhan terhadap perjanjian bersama oleh pengurusan bank itu.

"Secara purata setiap pekerja ini akan kehilangan antara RM200 dan RM300," katanya lagi. Dakwanya di bawah klausa 40 perjanjian bersama itu, berkuatkuasa dari 1 Januari 2006 hingga 31 Ogos 2008, para pekerja itu berhak terhadap elaun-elaun berkenaan dikira dari tarikh 1 Januari 2006.

Menurutnya bank itu bagaimanapun memutuskan untuk mengira bayaran-bayaran itu dari tarikh 21 Jun 2008, iaitu tarikh di mana perjanjian ditandatangani, sekaligus dengan jelas ia tidak mematuhi perjanjian itu.

Merujuk kepada satu lagi pertelingkahan antara Nube dan bank itu yang berkaitan pemindahan anggotanya dari cawangan Melaka ke cawangan Johor Baharu, Solomon berkata pemindahan pekerja itu sudah ditangguhkan.


MCA Pula Membidas DAP Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH - Wanita MCA negeri membidas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mementingkan diri dengan berpindah ke rumah banglo bagi masalah remeh seperti anai-anai dan semut merah tetapi “lepas tangan” terhadap isu 23 keluarga di Kampung Buah Pala yang bakal kehilangan tempat tinggal.


Ketuanya, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng lebih mengutamakan dirinya berbanding rakyat yang diwakilinya dan tindakannya yang gemar menyalahkan kerajaan terdahulu adalah sikap yang tidak baik.


“Saya rasa kecewa apabila isu anai-anai merosakkan kediaman rasmi dianggap jauh lebih penting daripada isu penduduk Kampung Buah Pala yang akan kehilangan tempat tinggal.


“Saya juga hairan kerana setelah menerajui Pulau Pinang untuk tempoh satu tahun tiga bulan, mentalitinya masih sama seperti seorang pembangkang dan bukan sebagai pentadbir kerajaan negeri,” katanya lagi.


Beliau juga kesal dengan tabiat Guan Eng yang gemar menolak semua masalah yang tidak boleh diselesaikannya kepada kerajaan Persekutuan dengan alasan masalah itu berpunca daripada kesilapan dan kegagalan Barisan Nasional (BN).


AKIM Tumpu PRU-13 Sebab Enggan Bertanding

KUALA KRAI - Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) tidak jadi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai kerana mahu menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Akim Hanafi Hamat berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas parti itu baru-baru ini. "Kami akhirnya membuat keputusan tidak bertanding di Manik Urai dan atas beberapa faktor kami hanya mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang," katanya .

Hanafi sebelum ini telah menyatakan hasrat bertanding di Manik Urai selepas tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebelum ini.

Pakatan Rakyat Harap BN Pulang Tangan Kosong

Manek Urai - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata , "Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas ADUN Manik Urai ) dan insyaAllah kita boleh menang," katanya ketika mengulas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra .

Abdul Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manik Urai. "Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw berkata ,"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," .

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR akan turut bersama berganding bahu , dan berkata "Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manik Urai".

Dua Calon Serah Borang Pencalonan Di Manik Urai

KUALA KRAI - Hanya dua calon, masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga tempoh penamaan ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, yang diiringi lebih 10,000 penyokong dengan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini dibuka pada pukul 9 pagi.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, yang turut diiringi lebih 10,000 penyokong dengan diketuai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menghantar borangnya pada pukul 9.17 pagi.

Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat yang diura-urakan akan turut bertanding dalam pilihan raya kecil ini, bagaimanapun tidak kelihatan sehingga tempoh penamaan calon ditutup.

PAS Mulakan Di Manek Urai Dengan Sholat Hajat

Kuala Krai - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan pertarungan di Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai dengan mengimami solat Hajat. Turut sama sholat hajat tersebut bersama ratusan dalam sholat hajat tersebut ialah Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob , Dato' Mustafa Alidan beberap pemimpin Pakatan Rakyat.

Johor Daily dimaklumkan calon PAS ditemani oleh lebih 10,000 orang penyokong yang datang dari seluruh negara terutama dai pantai timur dan utara negara. Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah dari Kampung Latereh.

Turut memeriahkan penamaan calon beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ialah Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.Manakala tokoh Barisan Nasional yang berada disitu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Ahmad Maslan Pemimpin Berjiwa Rakyat Miskin ?

KUALA KRAI - Masalah dan pembelaan nasib penoreh getah dijangka antara isu tempatan yang akan mendominasi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai yang akan bermula hari ini.

Sebelum ini Johor Daily menjangkan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan akan tidur di rumah paling miskin di Manek Urai, namun ianya meleset apabila belaiu memilih menoreh getah. Penyokong PAS didakwa telah mengejek Ketua Penerangan Umno itu yang sebelum ini datang menoreh pokok getah di Kg Bukit Budu dan Perial Baru.

Ahmad yang juga anak penoreh getah , berkata tindakannya itu bukan sekadar lakonan politik tetapi untuk menyelami permasalahan sebenar dialami penduduk Manik Urai. Namun Johor Daily yakin Ahmad Maslan akan melukan kejutan lagi, mungkin Ahli Parlimen Pontian itu akan masak Maggie mee bersama janda miskin di Manek Urai.

Johor Daily juga menantikan Ahmad Maslan bersama peneroka Felda-Fecra memotong buah kelapa sawit kerana sekarang ini PAS dan DAP telah banyak membuka cawanagan baru di kawasan tesebut.

DUN itu akan menjadi tumpuan seluruh negara sempena penamaan calon Isnin yang dijangka menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Umno dan PAS. Penamaan calon itu akan diadakan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, pagi ini dengan pengundiannya pada 14 Julai depan.

Umno Kempen Dengan Rasuah Kepada Pelajar

Kuala Krai - Perang rasuah bermula, Umno yakin dengan 'suapan' kepada penduduk luar bandar adalah senjata utama untuk memperbodohkan pengundi. Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah akan 'digula-gulakan'. Malah yang menyedihkan pelajar yang belajar agama juga diperkudakan juga. Sekolah menengah dan sekolah Arab di Manek Urai tidak terkecuali, kononnya sumbangan dari Kementerian Pendidikan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagaikononnya tanda ingatan kementerian berkenaan.

Mustafa berkata dengan bangga "Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali. "Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya lagi.

Johor Daily percaya banyak lagi rasuah akan dilakukan oleh Muhyiddin bagi menghalalkan rasuah. Terdahulu diberitakan sumbang kepada Masjid dan surau di Parlimen Permatang Pauh didakwa oleh para Imam masih belum ditunaikan oleh BN-Umno.

Saturday, July 4, 2009

Manek Urai Bakal Dapat 'Bantuan Elektrik' Dari BN'

KUALA KRAI — Penduduk di sekitar Manik Urai dan Kampung Laloh merungut berikutan kerap berlaku bekalan elektrik terputus di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu. Penduduk Manik Urai berkata sejak hampirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sekarang kerap berlaku terputus bekalan elektrik.

“Dulu mana ada berlaku putus bekalan elektrik ini, jarang sangat berlaku.“Sekarang ni apabila hari hujan je mulalah bekalan elektrik tiada. Kalau sekejap tidak apa, tapi ia memakan masa yang panjang. Nak buat kerja pun tidak selesa,” katanya . Azizah berkata semalam bekalan elektrik terputus dari 4.30 petang sehingga 7 malam.


Seorang lagi penduduk Kampung Laloh, berkata ada beberapa faktor penyumbang kepada terputusnya bekalan elektrik yang antaranya termasuk penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh menyebabkan pertambahan keperluan tenaga elektrik.


Namun ada suara-suara nakal berkata ini mungkin strategi Umno untuk 'menurunkan' bajet khas kepada pengundi Manek Urai. Johor Daily berpendapat sejak lima tahun lalu pilihanraya kecil pernah berlaku dipendalaman seperti Batang Ai, tetapi bekalan elektrik tiada masalah diatas faktor pengunaan eletrik berlebihan. Mungkin ada'keajiaban' akan berlaku dalam masa terdekat.


Apapun Johor Daily perpendapat, Manek Urai pasti mendapat nikmatnya jika 'projek anak angkat BN' apabila timbulnya pilihanraya kecil. Rezeki jangan tolak, bala jangan dicari...


Kes Liwat Anwar Ditangguh buat Kali Ketiga

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dibekalkan dengan dokumen berkaitan tuduhan kes liwat yang dihadapinya terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila peguamnya Sulaiman Abdullah mengadu tidak sihat.

Beliau yang mengetuai barisan pembelaan meminta penangguhan daripada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan rawatan perubatan kerana mungkin kepenatan selepas mengendalikan kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan sejak Isnin lalu.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan 8 Julai untuk mahkamah mendengar permohonan tersebut.


Pada tarikh itu, selain mendengar permohonan mendapatkan dokumen berkaitan, Hakim Mohamad Zabidin juga dijadual mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.


Ini merupakan kali ketiga permohonan tersebut ditunda. Permohonan itu sepatutnya didengar pada 22 Jun lalu tetapi dipinda ke 1 Julai lepas sebelum ditukar ke hari ini setelah Mahkamah Rayuan yang ketika itu mendengar rayuan Anwar membenarkan penangguhan prosiding di Mahkamah Tinggi atas permintaan pihak pembelaan.


Pengebumian Jenazah Michael Menjadi Persoalan

LOS ANGELES - Michael Jackson telah beragama Islam . Ikon muzik pop terkenal dunia itu beragama Islam dan berkemungkinan besar akan dikebumikan mengikut cara Islam .

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor aceshowbiz.


"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.


Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Terdapat banyak permintaan dari peminat dan blog-blog yang mana penulisnya beragama Islam meminta Allahyarham dikebumikan cara dan ditanah perkuburan Islam. Namun sehingga kini masih menjadi persoalan.


Media Prima Menikam BN Dengan Memburukkan Pakatan

Johor Bahru - Sejak berjaya menakluki lima buah negeri pada pilihanraya umum yang lepas. Kini pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Rakyat menjadi rebutan para wartawan untuk diwawancara. Malah ia menjadi media antarabangsa kian berminat untuk dimuatkan liputan politik malaysia dalam media mereka.

Difahamkan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad kian rimas dengan perkembangan ini. Ia akan menjadikan Pakatan Rakyat semakan popualar. Walaupun digembar-gemburkan dengan berita perbalahan dan perpecahan. Namun ianya berkesudahan dengan keputusan bersama.

Johor Daily berpendapat ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kian tersenyum melihat perkembangan ini. Secara tidak langsung kekemelutan yang digembar-gemburkan menjadi perhatian rakyat marhaen.

Terdapat banyak isu yang dimainkan menjadi senjata menikam Barisan Nasional . Walaupun terdapat yang berbentuk fitnah keterlaluan seperti kes liwat dan kerajaan perpaduan. Kebiasaannya semua yang disensasikan diselesaikan dimeja rundingan dan Pakatan rakyat menjadi juara persepakatan.

Tidak dinafikan setiap isu menjadikan blog-blog pro Pakatan Rakyat menjadi tumupan dan bahan kempen berterusan. Johor Daily mendapati setiap isu yang dimainkan oleh media utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat diakhiri dengan kejayaan imej toleransi.

Johor Daily yakin Anwar Ibrahim semakin tersenyum dalam perkembangan ini. Malah strategi BN memperalatkan media prima setakat ini ternyata tidak berjaya malah membunuh diri .

Zulkifli Nordin Harap DAP Rasional Dalam Tindakan

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkata DAP perlu berhati-hati dengan tindak tanduk mereka yang kini dilihat cuba mengongkong seluruh Pakatan Rakyat.

Beliau berkata tindakan DAP Kedah mengugut keluar dari Pakatan Rakyat adalah tindakan yang tidak bijak. "Nasihat saya pada DAP supaya lebih berhati-hati kerana tindakan mereka seperti membelakangkan Pakatan Rakyat," katanya.

Selain itu, beliau menyokong tindakan kerajaan negeri Kedah yang membenarkan perobohan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu betul dan pengusaha penternakan babi itu telah diberikan tempoh sebulan untuk berpindah ke tempat lain namun selepas sebulan tidak berpindah, mereka (MBAS) robohlah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh ketika diajukan soalan mengenai perkara itu bagaimanapun enggan mengulas dan menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng untuk membuat kenyataan mengenai kemelut itu.

Friday, July 3, 2009

DAP Kedah Mengamalkan Perjuangan Sonsang

Johor Bahru - Kebanyakan masyarakat terutama penyokong Pakatan Rakyat mengapa DAP Kedah bersungguh-sungguh ingin memboikot Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Persoalan yang timbul, adakah di Kedah susah mencari bekalan daging babi atau Pengerusi DAP mempunyai kepentingan dalam perniagaan itu ?.

Tindakan terbaru wakil rakyat tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah. Ia sudah pasti menjadi bahan jenaka Barisan Nasional.

Jika menurut laporan, notis telah diberikan untuk merobohkan kandang tersebut. Kandang ternakan tersebut juga dipercayai dibina ditapak Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS). Ada yang mendakwa keuntungan yang perolehi dari kandang haram tersebut begitu tinggi sejak ia beroperasi.

Dalam Pakatan Rakyat merealisasikan kerajaan dan pentadbiran bersih adakah DAP membenarkan perniagaan ala-koboi.

Johor Daily mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedan dan Di Pertua MPAS kena tidak memilih bulu dalam menjadi kepentingan dan kesihatan penduduk setempat. Alang-alang berkucali tanpa pendirian perundangan Johor Daily mempelawa Lee Guan Aik meletakkan jawatan dan bubarkan DUN yang menangi. Ugutan bukan budaya murni dalam politik perjuangan.

Johor Daily Minta Marhaen Bantu Kerajaan Rakyat

Johor Bahru - Demi membantu rakan (Jentera Blog Pemusah Kerajaan Barisan Nasional) menjayakan 'Tabung Khas' yang dilancarkan oleh blog Kerajaan Rakyat diatas penindasan moral dan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Moderator blog itu meminta sumbangan 10 sen untuk Najib dan 10 sen untuk isterinya.

Johor Daily merayu kepada rakyat marhaen turut membantu Najib menyaman Anwar seberapa segera agar Anwar tidak lagi memfitnah Najib lagi. Johor Daily mencadangkan Najib menyaman Anwar RM 200 juta. Ia kerana menebus saman Anwar sebanyak RM100 juta pada Tun Mahathir Mohamad dan RM100 juta kepada Datuk Anifah Aman.

Ia juga berkaitan dengan dakwaan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Pakatan Rakyat asyik menabur fitnah terutama Anwar Ibrahim. Kerajaan Rakyat berkata diblognya lagi, diantara fitnah yang perlu Najib pertahankan di Mahkamah ialah :

- Menuduh Najib terima rasuah pembelian kapal selam.
- Menuduh Najib berasmara dana dengan artis Melayu di Port Dickson.
- Menuduh Najib bersubahat dalam pembunuhan Altantuya
- Menuduh Najib menipu berjumpa Saiful Bontot sebelum Saiful Bontot buat laporan diliwat
- Menuduh Rosmah terlibat dan tahu komplot pembunuhan Altantuya
- Menuduh Rosmah berkelakuan sumbang dengan artis Bollywood
- Menuduh Rosmah menggatal dengan Najib semasa dia masih menjadi isteri kepada suami pertamanya
- Menuduh Rosmah terlibat dalam kehilangan PB Bala.

Sehingga malam tadi, 11.52 malam Kerajaan Raykat berjaya mengutip RM2.90 menurut blog tersebut. Johor Daily mencadangkan agar blog Kerjaan Rakyat menyatakan nombor akaun bank agar penderma dari luar Kuala lumpur dapat membantu. Blog itu mensasarkan RM500.00 untuk tabung khas tersebut.

Azalina Masih Enggan Membayar 'Hutang' Norazan ?

Skudai - Datuk Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang pernah mengeluarkan kenyataan pada 03 Mac 2008, bahawa tuduhan segelintir pihak menuduhnya merasuah RM1 juta Norazan Abdullah agar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Umum ke-12 adalah mengarut.

Azalina menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut ketika itu. Johor Daily mendapat maklumat dari seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang namanya enggan disebut, bahawa Norazan sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut sejumlah wang yang dikatakan belum dibayar lagi oleh 'pihak berkenaan'.

Menurut sumber itu lagi, Norazan kini telah menyembunyikan diri dari sebarang tekanan dan dikatakan 'seseorang' telah membuat satu lapuran Polis terhadap pekara tersebut . Pekara tersebut dikatakan dalam tindakan peguam yang dilantik oleh Norazan.

Azalina juga sebelum ini telah dipertikaikan oleh sebahagian ahli Umno Pengerang kerana didakwa menyogok beberapa cawangan parti itu agar mengundinya bagi merebut Ketua Bahagian Pengerang. Walaupun pertuduhan itu telah dilaporkan oleh Lembaga Displin Umno namun sehingga hari ini Johor Daily mendapati belum ada keputusan mutamad.

Johor Daily menghubungi Ketua Angkatan Muda Keadilan Pengerang, Zulkifli Daud untuk mengesahkan dakwaan tersebut, beliau berkata "saya mengikuti perkembangan ini sejak dari awal, saya enggan mengulasnya kerana Norazan telah memalukan PKR apabila 'hilang' dihari penamaan calon".

Sebelum ini terdapat tuduhan yang mengatakan Azalina juga terbabit dalam kes rasuah di sebuah kementerian yang pada ketika itu beliau adalah seorang Menteri. Tuduhan itu dikatakan menjadi punca Azalina kalah semasa pemilihan Majlis Tertinggi Umno.

Empat Pemuda Umno Di hukum Kerana Biadap

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah meluluskan usul untuk mendenda empat ahli Pemuda UMNO Selangor RM1,000 setiap seorang atas dakwaan berkelakuakn biadap dan tidak senonoh terhadap Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh. Mereka yang didenda RM1,000.00 seorang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan jawatankuasa berkenaan dan keempat-empat mereka juga dipanggil masuk ke dalam Dewan dan diarah menjelaskan bayaran tersebut jika tidak mereka boleh ditahan.


Terdahulu Karpal diarah keluar Dewan oleh Pandikar Amin selepas terbabit dalam pertikaman lidah dengan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mempertahankan anggota pemuda Umno dan tidak membenarkan mereka memohon maaf.

"Saya rasa denda sedemikian ketinggalan zaman dan sesuatu yang lebih serius perlu dilaksanakan. Ini termasuk menghukum mereka mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dengan kesalahan menghalang tugas Ahli Parlimen," kata Khairy.


Karpal berkata, sekiranya empat Pemuda UMNO berkenaan tidak mahu meminta maaf dengannya berhubung insiden Februari lalu, mereka sepatutnya tidak datang ke Parlimen awal-awal lagi.


Khairy Jamaludin (BN-Rembau) yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan, insiden tersebut tidak akan berlaku sekiranya tiada provokasi daripada Karpal terhadap mereka sehari sebelum itu.

‘‘Ini semua ada permulaannya, semuanya bermula daripada ucapan Karpal pada 25 Februari lalu apabila beliau berkata saya mahu dapat tahu di mana Pemuda celaka ini mendapat dua peluru ini,” katanya lagi.


Media Pro BN Terlalu Mengarut - Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada Pakatan Rakyat negeri itu. Dengan mencela beberapa media, Anwar berkata, "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin tak ada media yang besar. Itu bezanya ".


Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara pemimpin Pakatan Rakyat. Sementara itu Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius. Manakala Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden Pakatan rakyat pada Sabtu ini. Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah.


Johor Daily berpendapat isu kandang babi ini berjaya mempopualarkan lagi persepakatan Pakatan Rakyat seperti isu pembinaan kandang babi moden di Selangor.


Zahrin Menaruh Harapan Lim Mengatasi Kemelut

PULAU PINANG - Demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu kerajaan negeri mempertimbangkan keputusan memecat Johari Kassim sebagai Anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Zahrain Mohammed Hashim berkata Johari telah menyesali tindakannya dan sanggup berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Kita berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan tindakannya terhadap Johari kerana hukuman itu dilihat agak terlalu keras," katanya.

Mengenai isu Kampung Buah Pala, Zahrain berharap Lim untuk berdiskusi dengan penduduk kampung itu dengan segera bagi menimbulkan kesan jangka panjang. "Saya lebih suka melihat Lim bertemu sendiri dengan rakyat dan tidak mengarahkan anggota exco atau wakilnya untuk menyelesaikan perkara tersebut," kata Zahrin.

Penduduk kampung itutersebut dikatakan bermasalah untuk menyelamatkan kampung mereka yang turut dikenali sebagai perkampungan ternakan lembu atau "High Chaparral" daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Thursday, July 2, 2009

Ong Pula Mempertikai Pakatan Rakyat

PULAU PINANG - Setelah MCA menerima kekalahan teruk pada PRU-12 Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat membidas gabungan Pakatan Rakyat yang yang dakwanya telah mengaburi mata rakyat mengenai hubungan mereka yang kukuh tetapi sebaliknya ia mengalami keretakan .


"Saya bukan Pak Nujum tetapi kita boleh nampak dengan jelas bahawa pakatan mereka adalah atas kepentingan yang sempit dan ia tidak akan lama. Mereka asyik tabur fitnah dan ini tidak dapat menegakkan kebenaran," katanya.


Ong turut menyelar gabungan Pakatan Rakyat yang sering menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.


"Untuk menyalahkan kerajaan terdahulu adalah cara paling mudah untuk melepaskan diri daripada masalah. Sekarang genap 15 bulan mereka berkuasa dan kalau benar kerajaan terdahulu buat silap, takkan kerajaan sekarang tidak boleh membetulkannya?," kata Ong.


Mengenai perkhidmatan feri Pulau Pinang, Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya telah menerima cadangan menyeluruh daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) dan sedang mengkaji kemungkinan PPC mengambil alih perkhidmatan itu daripada Penang Port Sdn Bhd.


Ketika ditanya mengenai cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk mengambil alih perkhidmatan feri itu, beliau berkata, kementerian tidak menerima sebarang pandangan atau cadangan daripada kerajaan negeri mengenai perkara itu.


"Kalau nak ambil alih, takkan cakap sahaja tanpa sebarang perancangan yang menyeluruh," katanya dengan nada menyindir.


AMK JOHOR Menyelar Pemuda PAS Kedah ?

oleh : http://amkj.blogspot.com

Kini tidak kedengaran lagi kisah bantahan kandang ternakkan babi moden yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Mungkin juga Umno Selangor sudah kehilangan suara atau mereka tahu tidandakan kurang bijak pada masa itu ditertawakan rakyat marhaen.

Selepas itu H1N1 atau selsema babi pula merebak diseluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali, kehadiran pelancong ke Malaysia turun mendadak, syarikat penerbangan terpaksa menjual tiket dengan tambang yang sangat murah untuk menampung kos operasi.

Semalam dan hari ini riuh apabila sebuah kandang babi di Alor Setar dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Dengar khabar bukan sahaja pekerja MPAS sahaja yang merobohkan, ada pihak mendakwa Pemuda PAS dan Umno berganding bahu merobohkan kandang tersebut. Ia dikatakan salah satu punca DAP 'naik angin'.

Jika benar dakwaan Pemuda PAS dan UMNO turut berkerjasama merobohkan kandang tersebut. AMK Johor menyelar tindakan tersebut kerana ia sudah melampaui batas berpolitik. Perlunya pihak Lembaga Displin PAS mengambil tindakan yang sewajarnya. Pihak berkuasa tempatan dan PAS adalah dua entiti berbeza. Ia boleh mengeruhkan hubungan Pakatan Rakyat.

Zabidie Abas
Ketua AMK PKR Johor

Keluar Pakatan Rakyat, DAP Kedah Ikut Emosi

ALOR SETAR - Pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Mergong yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan tetap dirobohkan selepas tempoh notis pindah kepada pengusaha di situ berakhir pada 30 Jun ini. Demikian diberitahu oleh Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Khazali Din.

Pusat penyembelihan babi di situ akan dirobohkan pada waktu yang ditetapkan kerana peniaga dan pengusaha di situ telah diberikan masa sebulan untuk mengosongkan premis berkenaan.Dato’ Khazali berkata, MBAS telah memberi satu tempoh masa yang munasabah untuk mereka berpindah sebelum MBAS bertindak merobohkan tempat itu secepat mungkin.


Ini dilakukan berikutan rungutan orang ramai kerana pusat berkenaan menyebarkan bau busuk apa lagi bagi pelanggan di gerai-gerai makanan berdekatan dengan tempat penyembelihan itu.


“Kami bukan suka-suka hendak merobohkan tempat itu, tetapi ia dilihat dari pelbagai aspek dan kawasan itu sebenarnya tidak sesuai menjalankan operasi penyebelihan babi.


“Jadi kami terpaksa bertindak merobohkan demi kepeningan semua pihak tambahan pula kawasan itu terdapat banyak gerai makanan yang dibimbangi tidak terjamin kebersihan jika pusat penyembelihan itu kekal di situ,” katanya.


Katanya, perancangan untuk memajukan bekas tapak penyembelihan itu akan difikirkan nanti dan mungkin akan dibangunkan dengan kerjasama persatuan penjaja.“Kami akan membina tapak baru untuk peniaga berniaga dan mereka akan memajukan tempat itu,” katanya.


Johor Daily mendapati Utusan Malaysia menjadikan isu ini untuk memecahbelahkan Patakan Rakyat. Namun Johor Daily percaya isu ini akan menikam media pro-Umno itu sendiri bila diselesaikan dengan bersepakat.


DAP Kedah Rujuk Pusat Keluar Dari Pakatan Rakyat

ALOR SETAR – DAP Kedah istihar keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS Kedah kerana tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dikatakan tidak mengikuti garis panduan kandang ternakkan dan tanah bukan milik penternak.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu. Katanya, “Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.


“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini. “Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya lagi.


Sementara itu Johor Daily dimaklumkan kandang babi itu terpaksa dirobohkan kerana didakwa telah diberi notis agar kandang tersebut masih tidak mengikut spesifikasi kandang ternakkan itu seperti yang termaktub dalam peraturan. Juga ia juga ada kaitan dengan penyakit H1N1 yang berleluasa ketika ini.

Pemuda PAS Berjaya Mengerakkan Wacana Ilmiah

KUALA LUMPUR - Ketuanya Pergerakan Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin berkata inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan baru dan besar memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan antara PAS dan Umno .

"Saya melihat Pemuda PAS berani untuk mengorak langkah mereka tersendiri malah pelawaan ini menepati pandangan dan pemikiran Pemuda Umno yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno," katanya.

Khairy berkata kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan satu sekretariat bagi membincangkan secara lebih lanjut mekanisme wacana itu, termasuk format, masa, tempat dan tarikh serta tajuk yang difikirkan sesuai oleh Pemuda Umno.

"Kami mahu tengok kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam hal ini, sekiranya tiada serangan peribadi dilakukan dalam ceramah pilihan raya kecil nanti, maka saya nampak muzakarah ini boleh diteruskan," kata beliau.

Beliau juga berpendapat bahawa wacana berkenaan tidak seharusnya terhad kepada isu-isu Melayu dan agama Islam sahaja sebalik harus melibatkan isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk 'Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam' kepada Pemuda Umno yang diterima oleh Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim.

Hishamuddin Bidas Hadi Kerana Enggan Bekerjasama

KUALA LUMPUR - Apabila kerjaan perpaduan gagal tiba giliran Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengatakan pemimpin itu tidak konsisten serta mendakwa Umno gagal menjadi model perpaduan terbaik di kalangan orang Melayu.

Hishammuddin berkata,"Kita renung kembali apa yang dicadangkan sendiri oleh Abdul Hadi sebelum ini , tetapi apa yang jadi akhirnya. Kita pun boleh juga dakwa PAS bukan model perpaduan terbaik, dia yang cadang tapi akhirnya dia sendiri yang batalkan.

"Perkara ini (perpaduan) bukan hanya berkaitan dengan PAS atau Umno, ia berhubung kait dengan semua pihak. Jika kita ikhlas dan jujur kenapa perlu melabel pihak lain dengan andaian tertentu " .

Sebelum ini ketika berceramah di Shah Alam, Hadi berkata Umno tiada memberi contoh sebagai contoh untuk diikuti dan dijadikan rakan dalam merealisasikan kerajaan perpaduan.

Dewan Pemuda PAS Nafi Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR - Setelah Pakatan Rakyat menolak cadanagan kerajaan Perpaduan, Dewan Pemuda PAS menafikan laporan beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda Umno.


Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan berkata, laporan itu merujuk kepada penyerahan surat rasmi jemputan untuk Pemuda Umno bagi mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka bertajuk 'Benarkah Perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam' melalui penubuhan sebuah Sekretariat Bersama kedua-dua sayap parti.


"Sehubungan itu, Pemuda Pas Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah membuat laporan berita yang salah terhadap isu tersebut," katanya.


Beliau berkata, sekretariat yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim itu telahpun diberi penjelasan oleh Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hasan Tantawi bahawa ia hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.


Johor Daily berharap jika ada pihak yang menginginkan kerajaan perpaduan menjadi kenyataan, mereka boleh berbincang dengan Mufti Perak, kerana beliau adalah Ulama ( menurut Datuk Seri Zambry ) dijangka boleh mengatasi kemelut ini.


Wednesday, July 1, 2009

Ibrahim Ali Bolehkah Di Gelar ' Si - Putar Alam ' ?

KUALA LUMPUR - Pusat untuk Kajian Awam (CPPS) mengalu-alukan langkah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan 30 peratus kuota ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang berhasrat disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada pakej pemulihannya di bawah model ekonomi baru.

Johor Daily masih menunggu-nunggu riaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang sebelum ini berkobar-kobar memperjuangkan hak bumiputera. Kononnya jika ada apa-apa yang mengurangkan hak bumiputera, beliaulah akan bertegang urat bersama kelompoknya untuk memperjuangkan hak.


Sehingga berita ini ditulis, Johor Daily belum menerima apa-apa bantahan dan memorendum dari Perkasa untuk membantah memansuhkan 30 peratus kuota ekuiti bumiputera yang diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Blog Perkasa yang sebelum ini sering memperjuangkan hak pribumi sehinggi kini lesu dan belum berani mengeluarkan sebarang kenyataan. Mungkin juga demi menjaga hati perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebelum ini Ibrahim Ali kelihatan menyokong slogan Najib mengenai slogan 1 Malaysia


Setelah memenangi parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya ke-12 atas tiket PAS dan bantuan penuh Pakatan Rakyat, Ibrahim Ali kini kelihatan berminat dengan Umno yang telah memecat beliau. Maka sahlah jika ada yang mendakwa ' Ibrahim Ali Si- Putar Alam'.


Pulau Pinang Melangkah Era Ekonomi Dinamik

PULAU PINANG - Bagi memastikan ekononomi Pulau Pinang setiasa dinamik dengan peredaran masa kerajaan negeri itu akan mewujudkan pejabat pelaburan dan pelancongan di Singapura dengan matlamat menarik lebih ramai pelabur dari republik itu ke Pulau Pinang.

Ini akan menjadikan Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia yang membuka pejabat di luar negara. Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkan pembukaan pejabat itu sebagai menggambarkan hubungan ekonomi yang semakin berkembang antara Pulau Pinang dan Singapura.

Beliau bercakap selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Jetstar ke negeri ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini hari ini.

Sementara itu, Lim berkata terdapat 42 penerbangan seminggu bagi laluan Singapura-Pulau Pinang, dengan Singapore Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia dan Jetstar masing-masing mengadakan tujuh penerbangan setiap hari manakala SilkAir pula 14 penerbangan.

Beliau berkata kerajaan telah pun memberi lampu hijau kepada syarikat penerbangan berkenaan untuk meningkatkan penerbangan mingguan mereka kepada 84, bagi laluan antara kedua-dua bandar raya itu.

Menteri Besar 2 Minta Menteri Besar 1 Letak Jawatan

IPOH - Menteri Besar 1 Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diminta melepaskan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) serta-merta bagi membolehkan individu lain menerajui persatuan tersebut.

Menteri Besar 2 Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kedudukan kewangan PAFA kini dikatakan tenat dan adalah lebih baik sekiranya tokoh yang mampu menangani masalah berkenaan dibenarkan menerajui persatuan itu.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kedudukan kewangan PAFA yang dikatakan gagal melunaskan gaji pemain dan pegawai bagi bulan Jun.


"Terpulang kepadanya sama ada untuk melepaskan jawatan itu atau tidak tetapi dalam keadaan sekarang beliau sepatutnya meletakkan jawatan bagi membolehkan orang lain mengepalai PAFA," katanya lagi.


Zambry berkata kerajaan negeri bagaimanapun akan berusaha membantu PAFA dalam usaha melunaskan gaji pemain yang tertunggak baru sebulan.

"Ini adalah sukan rakyat dan kita akan cuba bantu bagi mengelak pemain dan pegawai mengalami masalah kewangan," katanya.


Pemuda Umno Rayu Sedekah 10 Sen Kepada Umum

Johor Bahru - Akibat kononnya membela masyarakat malayu, empat pemimpin Pemuda Umno Selangor bersiap sedia membayar denda maksimum sebanyak RM4,000.00 berhubung perbalahan dengan pemimpin DAP Karpal, Singh di lobi Parlimen.

Dengan nada meminta simpati umum Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal memohon terutama ahli BN-Umno menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.

Jawatankuasa khas Parlimen yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencadangkan denda RM1,000 setiap seorang ke atas mereka. Keputusan muktamad akan ditentukan dalam perbahasan dewan, Khamis ini.

Engku Salleh bersama tiga lagi iaitu, tiga ketua Pemuda bahagian lain: Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam).

Dengan mengaku dengan kesalahan biadap itu sambil berseloroh, beliau berkata, jika kutipan melebihi RM4,000, bakinya akan digunakan untuk membeli kerusi roda bagi kegunaan ahli parlimen yang kurang upaya.

“Kita akan beli dua kerusi roda itu dan Karpal Singh tidak perlu lagi membawa kerusi roda untuk digunakan di Parlimen,” katanya dengar mengina Karpal Singh.

Sementara itu Johor Daily diberitahu oleh seorang pendokong Pakatan Rakyat barkata,"Pemuda Umno kena pergi bank untuk dapatkan syiling 10 sen sebanyak 400,000 keping dan isi dalam satu tabung besar, kononnya rakyat sokong sikap biadap mereka pada Karpal".

Mahkamah Rayuan Dibenar Dengar Rayuan Anwar

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa ia boleh mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kes liwatnya hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi.


Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, ketika menolak bantahan awal pendakwa, berkata di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu boleh dirayu.


Hakim Abdull Hamid yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan permohonan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah bagi penangguhan prosiding berhubung kes itu di Mahkamah Tinggi sehingga selesai rayuan.


''Esok kedua-dua pihak perlu ke sini (Mahkamah Rayuan). Sila beritahu hakim Mahkamah Tinggi bahawa anda akan ke sini esok. Tak apa, anda (tim pembela) boleh menyebut nama saya,'' kata Hakim Abdull Hamid.


Esok, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar permohonan awal Anwar supaya pihak pendakwaan menyediakan beberapa bahan termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di kondominium berkenaan, sampel DNA dan kenyataan saksi-saksi, termasuk pengadu, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.


Sementara itu, Saiful dengan nada meminta simpati dalam blognya berkata, "...... saya yakin bahawa ramai yang agak keliru tentang apakah pendirian tertuduh dari awal pertuduhan dibacakan pada Ogos 2008 hingga sekarang. Mungkin pada awalnya agak konsisten(mahu dibicarakan), namun disaat-saat akhir(seperti diatas), pendirian tertuduh boleh dikatakan seringkali berubah-rubah.)

Anwar Pertikai Kos Jambatan Kedua Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan lokasi dan bajet pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang didakwanya menelan kos terlalu besar.

Menurutnya, laluan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang iaitu di bahagian selatan negeri itu akan menelan kos yang sangat besar.


"Berdasarkan maklumat industri yang saya peroleh, pembinaan jambatan tersebut di laluan alternatif iaitu di bahagian utara Pulau Pinang akan menjimatkan duit rakyat sebanyak RM4 bilion.


"Ini termasuk ganti rugi kepada syarikat yang diberikan projek tersebut iaitu China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd. dan UEM," katanya Anwar.


Anwar menambah, beliau tidak berniat mempertikaikan rasional keputusan kerajaan untuk membina jambatan kedua Pulau Pinang, namun berpendirian bahawa lokasi pembinaan perlu diteruskan di kawasan utara negeri itu.


"Pembinaan jambatan kedua di kawasan utara Pulau Pinang melibatkan kos yang rendah malah jaraknya lebih dekat sebanyak 10 kilometer berbanding pembinaan di bahagian selatan," katanya.


Beliau berkata, penjimatan kos sebanyak RM4 billion berkenaan dapat digunakan oleh kerajaan untuk membina dan menambah baik kemudahan awam dalam negara seperti hospital dan sekolah.


Lim Kit Siang Dakwa Nazri Menteri Pondan

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini membidas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang .

Kit Siang , Ahli parlimen Ipoh Timur yang terlibat dalam 'perang mulut' dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sehingga mengeluarkan perkataan 'menteri pondan'.

Sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah beberapa kali mempertikaikan perlantikkan Nazri dilantik sebagai menteri penuh kerana sikap menteri itu yang kerap dipertikaikan rakyat umum.


Sementara dilobi parlimen, Timbalan speaker mempersendakan Lim dengan berkata, "Kalau kita tengok Yang Berhormat Ipoh Timur, dia tak pernah ikut peraturan. Satu pun tak pernah ikut. Dia berdiri, mencelah macam itu sahaja."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkataan "pondan dan gemuk" yang digunakan dalam perbahasan pada sidang Dewan Rakyat semalam.


Sidang Dewan Rakyat sering digamatkan oleh beberapa Ahli Parlimen seperti dari Pasir Salak, Kinabatangan dan Ipoh Timur. Datuk Dr. Puad Zarkasi telah senyap setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Menang Piala Najib Dapat Kerbau

KUANTAN - Seekor kerbau akan dihadiahkan kepada pemain yang berjaya melakukan balingan sempurna sepanjang tiga pusingan dalam Kejohanan Boling Media Piala Datuk Seri Najib yang akan berlangsung di Mega Lanes di sini Jumaat ini.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Akmar Hisham Mokhles berkata 28 pasukan akan berentap dalam kejohanan itu.

Beliau berkata 112 pemain daripada 20 pasukan media di Pahang termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Pejabat Perdana Menteri (3 pasukan), Pejabat Menteri Besar Pahang (3 pasukan), Jabatan Penerangan (1 pasukan) dan satu pasukan orang kenamaan (VVIP).

Katanya setiap pasukan akan diwakili oleh tiga peserta lelaki dan seorang wanita. Pertandingan ini merupakan kejohanan kali kedua selepas diadakan pada 2008 yang dimenangi RTM.

Johor Daily pernah mendengar cerita dari seorang rakan, Datuk Seri Hissamuddin Tun Hussein dianggap 'seperti melepaskan buaya tersepit'. Menurut beliau semasa Hissam ingin bertanding Timbalan Ketua Pemuda Umno, Hissam merayu kepada Azmin Ali agar Anwar Ibrahim membantu Hissam untuk berkempen. Setelah Hissam menang dan Anwar disingkirkan dari Umno, Hissam adalah diantara pemimpin yang lantang mencerca Anwar.

Mahathir Harap Wawasan 2020 Jadi Kenyataan

KUALA LUMPUR - Malaysia masih boleh mencapai Wawasan 2020 sekiranya ia berubah daripada sebuah negara berorientasikan eksport kos rendah kepada ekonomi kos tinggi yang berasaskan kepada aktiviti ekonomi domestik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata Malaysia sejak sekian lama bergantung kepada pertumbuhan berorientasikan eksport di mana ia mengeluarkan barangan murah untuk dijual di pasaran dunia.

"Sudah sampai masanya untuk membangunkan negara kita daripada aktiviti perniagaan dalaman. Kita boleh melakukannya sekiranya kerajaan dan sektor swasta bekerjasama membangunkan sebuah ekonomi baharu yang berasaskan kepada pertumbuhan domestik dan kurang bergantung kepada eksport," katanya.

"Oleh itu ada harapan untuk mencapai wawasan 2020 sekiranya kita semua berganding bahu," katanya dalam ucap tama beliau bertajuk "Vision 2020, is it a mission possible? 1Malaysia, is it the driving force", kata mantan PM itu lagi

"Kita perlu membangunkan kapasiti kuasa beli rakyat kita dan mengembangkan ekonomi kita menerusi aktiviti ekonomi domestik," katanya.

Dr Mahathir berkata dalam sebuah ekonomi berorientasikan domestik kos tinggi, margin keuntungan tinggi kerana lebih ramai orang boleh membeli barangan dan perkhidmatan dan kuasa beli rakyat juga tinggi.

Semasa menjawab soalan daripada para peserta kemudiannya, Dr Mahathir berkata Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengetahuan dan penemuan-penemuan baharu juga mustahak untuk membantu negara mencapai Wawasan 2020.

"Dengan Belajar Bahasa Inggeris tidak bermakna anda akan menjadi orang Inggeris," katanya.

Sementara itu Johor Daily berdapat setiap perdana menteri melancarkan slogan tertentu yang menelan belanja puluhan juta. Tun Abdullah Badawi mengunakan Islam Hadhari yang mendapat kritikan dari masyarakat dan Tun Mahathir, manakala Datuk Seri melancarkan 1Malaysia yang menyamai Malayia-Malaysian kelolana DAP dan Harapan Baru dari PKR .