Saturday, July 11, 2009

20% Turun Tol Untuk Mengaburi Kesilapan Lepas



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penurunan kadar tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya yang kerap menggunakan kemudahan tersebut.


Pengumuman itu dibuat ketika beliau berucap pada majlis meraikan 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Tindakan tersebut dipercayai bagi membuktikan kepada rakyat bahawa beliau memikirkan kesempitan rakyat yang telah terhempit oleh pelbagai masalah. Johor Daily berpendapat ia bagi tujuan memulihkan imej beliau yang bergelumangan denganpelabagai kesalahan termasuk bersubahat dalam beberapa kes yang negera telah rugi berbillion ringgit.


Muhyiddin Mencemuh PAS, Mendakwa Bankrup Idea


KUALA KRAI - Ahli Parlimen Ledang yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata indakan PAS terus menggunakan isu royalti minyak menunjukkan parti itu telah "bankrap idea" untuk menarik pengundi pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Muhyiddin berkata tindakan parti itu juga tidak lebih daripada sekadar menagih "simpati politik" setelah kerajaan menjelaskan bahawa isu itu akan dijawab Petronas.

Beliau juga memperlekeh permintaan PAS untuk mengadakan forum mengenai isu royalti minyak seperti dicadangkan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun.
otai Petronas, wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menjelaskan isu itu.

Beliau mendakwa apa yang penting fakta mengenai isu royalti minyak itu diperjelaskan kepada rakyat oleh pihak berkaitan tanpa kepentingan politik.

Beliau turut mencabar PAS mengemukakan bukti kononnya beliau telah menjual tanah Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor."Saya cabar apa bukti saya dituduh demikian rupa," kata Muhyiddin sambil menegaskan BN tidak memutar belit sesuatu perkara ketika berkempen.

PAS Pelawa Petronas Berforum Atasi Kemelut

KUALA KRAI - Sebelum ini Pakatan Rakyat begitu lantang menuntut royalti minyak dari Kerajaan Pusat dan Petronas. Manakala pemimpin Barisan Nasional mendakwa pekara itu milik Petronas.


PAS mencadangkan supaya isu royalti minyak membabitkan kira-kira RM1 bilion yang didakwa mereka seharusnya diterima kerajaan negeri Kelantan, dijelaskan melalui forum yang dianggotai Petronas serta wakil kerajaan persekutuan dan negeri sebagai panelnya.


Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fattah Harun berkata forum yang disertai ketiga-tiga pihak terbabit akan dilihat lebih adil kepada kerajaan Kelantan.


Katanya jika Petronas sahaja yang memberi penjelasan, apa yang dikhuatiri ialah penjelasan yang diberi akan hanya mengikut kehendak kerajaan semata-mata dan sebarang perkara berbangkit tidak akan terjawab.


Abdul Fattah yang juga ADUN Bukit Tuku berkata kerajaan sendiri atau Petronas boleh menulis surat kepada kerajaan Kelantan untuk mengadakan forum itu.


PAS-DAP Kedah Sepakat Perkukuh Pantadbiran

ALOR SETAR - DAP Kedah menarik semula keputusan untuk keluar daripada pakatan pembangkang setelah parti itu mencapai kata sepakat dalam perbincangan antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata sehubungan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Darulaman Lee Guan Aik akan menjadi penyokong kerajaan negeri dan telah menarik balik surat untuk keluar daripada pakatan pembangkang yang dihantar kepada ibu pejabat DAP minggu lepas.

Lee adalah wakil rakyat tunggal DAP yang sebelum ini berkata beliau akan berperanan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya di sini.

"Isu pusat penyembelihan babi telah selesai dan kita yakin Menteri Besar (Azizan) akan menyelesaikan masalah itu kerana kerajaan bersetuju untuk meluluskan sebuah kawasan di Sungai Tok Pawang di Bedong," kata Su.

Beliau berkata tanah seluas satu hektar itu adalah milik persendirian dan ia sememangnya sebuah pusat penyembelihan babi sebelum ini. Su berkata isu perobohan kuil dan tokong juga tidak lagi timbul kerana ia adalah salah faham sahaja.


100 Hari Najib : Giliran Najib Di Cemuh Mahathir


bukit gantang by election mahathir ceramah and luncheon 060409 04Johor Bahru - Sebelum Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir mengunung tinggi memuji Najib. Cerca terhadap Tun Abdullah Badawai menjadi lali dibibir Mahathir.

Malah mantan perdana menteri itu berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif". Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru. Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Mahathir menyindir Najib dengan berkata : "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam." Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

100 Hari Najib : Sokongan BN-Umno Meningkat 13%

Johor Bahru - Semalam genap 100 hari Datuk Seri najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri. Pelbagai pihak telah membuat andaian termasuk dari kerajaan dan Pakatan Rakyat. Sudah tentu parti pembangkang mencemuh Najib manakala Pro-BN memberi ulasan positif.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas menjelang genap 100 hari pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melahirkan rasa syukur kerana kepimpinan Najib semakin diterima oleh rakyat.

"Alhamdulillah kerana sokongan yang diberikan kepadanya semakin bertambah daripada 42 peratus sebelum mengangkat sumpah kepada 65 peratus . Ia berdasarkan kepada kaji selidik Merdeka Centre iaitu sebuah pusat penyelidikan pro Barisan Nasional.

Manakala pemimpinan membariskan beberapa kegagalan dan beberapa pekara yang salah dari segi undand-undang dan ekonomi negara yang merundum. Tidak dinafikan penglibatan Najib dalam kes liwat Mohd Saiful dan rampasan kuasa Perak mencemarkan nama PM itu.

Johor Daily berpendapat Najib telah berjaya. Pertama, mengulingkan Abdullah Badawai. Kedua menambah koleksi emas-permata isterinya Rosmah Mansor.

Friday, July 10, 2009

BN Terpaksa Kerah Agensi Kerajaan Bantu Kempen

Kuala Krai - Ketua Biro Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution mendakwa bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik tidak etika dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai.


Saifuddin mendedahkan bahawa maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat telah membuktikan pegawai kerajaan telah melebihi luar bidang kuasa terlibat dalam pilihan raya berkempen bagi pihak BN.

Agensi-agensi kerajaan yang diperalatkan oleh BN termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), FELCRA, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, KEMAS, Bahagian Serantas, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pihak polis dan tentera, katanya.


Saifuddin mengulas, arahan-arahan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin BN jelas adalah penyalahgunaan kuasa yang serius dan setiap Pilihan Raya Kecil, BN pasti mempergunakan jentera kerajaan untuk tujuan berkempen.


Mahfuz Dakwa Keputusan PPSMI Hanya Helah

Johor Bahru - Datuk Mahfuz Omar pula berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI. "Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.

"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya lagi.

Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar".

Beliau berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz berkata.

Puad Rasakan Terapkan Nilai Negitif Perlu

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memperincikan segala kekejaman yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemimpinnya dalam teks mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah menengah.


Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian semula itu perlu dilakukan kerana Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah Rendah (Semakan) yang mula dilaksanakan pada 2003 tidak lagi menyentuh kegiatan PKM secara terperinci.


''Ini disebabkan ada pandangan daripada individu, ahli politik dan badan-badan berkepentingan yang menyarankan agar kementerian tidak memberi fokus kepada pemimpin PKM dalam teks kandungan Sejarah di peringkat sekolah," katanya .


Johor Daily berpendapat adalah elok dan berfaedah jika Dr. Puad mencari dan menambah nilai murni dalam pendidikan dari nilai atau peristiwa buruk. Banyak pekara baik dan elok boleh diketengahkan dari melibatkan politik dalam mata pelajaran.


Muhyiddin Hanya Cegah Selsema Babi Pada 20 Julai

PULAU PINANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih mementingkan kemenangan di Munek Urai dari kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Setelah negera mencatat kenaikkan jangkitan selesema babi dengan mendadak, pemimpin itu lebih selesa berada di Kelantan.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata Kementerian Kesihatan akan melancarkan kempen kebersihan secara besar-besaran bagi mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) oleh Muhyiddin Yassin hanya pada 20 Julai ini .


Mohd kassim berkata ''Kita akan dedahkan kepada masyarakat betapa pentingnya mereka menjaga kebersihan untuk mencegah jangkitan H1N1".


Negara jiran seperti Singapura telah melancarkan pencegahan jangitan ini secara bebesaran . Namun pemimpin utama negara masih leka dengan pilihanraya kecil dan isu bahasa yang dianggap terlalu penting. Termasuk juga pemimpin dari Pakatan rakyat.


Johor Daily masih mendengar beberapa pemimpinan kini dan veteran Umno Johor yang kerap memperlekehkan keupayaan Muhyiddin sebagai pemimpin utama negera. Johor Daily masih teringat kata bekas tokoh utama Johor berkata melalui seorang teman, " habis negara dijual kalau Muhyiddin jadi perdana menteri".

Jamil Khir Semakin Belakangkan Sunnah Nabi

KUALA LUMPUR - Datuk Armani Mahiruddin dikatakan telah mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

Usul pelantikan Armani dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebaik sahaja sidang bermula dan disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Adalah diketahui umum bahawa Nabi S.A.W tidak pernah sekali-kali membenarkan wanita menjadi pemimpin mahupun penolong pemimpin kecuali jika darurat. Jika disokong oleh pemimpin lain Johor Daily tidak mempertikaikan. Malangan Jamil Khir yang sebelum ini sering berceramah menegakkan sunnah Nabi dilihat telah tersasar dari ajaran Islam sebenar.

Johor Daily berharap Khir Johari menarik balik sokongan tersebut dan biarkan pemimpin lain terutama yang bukan beragama Islam menyokong usul perlantikkan Armani. Sebelum ini Johor Daily mendengar dari pengurusan masjid yang terpaksa melayan Jamil Khir dengan layanan VVIP dan imbuhan lumayan untuk jemput beliau berceramah agama ketika belaiu menjadi menteri.

Nik Aziz Pelawa Nasha 'Meriahkan' Manek Urai

KOTA BAHRU- Selepas media melaporkan mengenai "kehilangan" Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa di dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa Nasharuddin untuk turut sama berkempen.


Menteri Besar Kelantan itu juga mengakui pada peringkat awal beliau tidak mahu Nasharuddin datang berkempen atas alasan strategi politik, namun sekarang beliau menganggap peranan Nasaruddin masih diperlukan .


"Saya tidak mahu dia datang pada hari pertama itu kerana khuatir akan dicerca ketika berucap atau berceramah. Memanglah saya tak bagi dia mari, sebab kalau diboo sayapun rasa malu," katanya .


Sebelum ini, Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin meletak jawatan berikutan sokongannya terhadap penubuhan kerajaan perpaduan tetapi kemudian menarik balik kenyataannya itu. Ketiadaan Nasharuddin semasa hari penamaan calon telah memeriahkan para wartawan mengupas berita untuk mengisi media milik majikan mereka.


"Saya harap dia dapat datang ke Manik Urai untuk turut berkempen dalam pilihan raya kali ini, kerana untuk membersihkan nama baik beliau selain kehadirannya penting untuk berkempen bagi pihak Pas," . "Sekarang saya sudah benarkan dia datang, nak tebus nama baik dia sendiri, berikutan isu kerajaan perpaduan dan macam-macam kemelut dalam Pas," katanya.


Thursday, July 9, 2009

Hishamuddin Beri Amaran Kepada Husam

KUALA KRAI - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pihak tertentu jangan membuat tuduhan liar terhadap pasukan polis yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan ketenteraman sepanjang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai.


Sebelum ini Anggota PAS Pusat Datuk Husam Musa ketika berceramah mengibaratkan khemah polis di Manik Urai seperti khemah tentera Amerika Syarikat sebelum menyerang Iraq.


"Kita buat khemah untuk penempatan anggota pun dikatakan seolah-olah khemah tentera Amerika Syarikat di Iraq. Ini mungkin satu gurauan tapi ia cukup menyayat hati bila mendengarnya. Kita tak harap mereka ucap terima kasih tapi cubalah beradab sikit," katanya .


Beliau turut menolak dakwaan ada konspirasi antara polis dengan Pemuda Umno untuk menjatuhkan reputasi Nik Abdul Aziz apabila polis menyiasat laporan yang dibuat pergerakan itu berhubung ceramah Mursyidul Am PAS itu pada 21 Jun lalu yang antara lain menyamakan perjuangan Umno seperti Ayah Pin , komunis dan Chin Peng serta menolak prinsip agama dan ketuhanan.


"Pemuda Umno tidak ada kena mengena dengan polis. Sepanjang pegang kementerian ini, saya lihat pihak polis profesional dan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab," katanya.


"Kita tak boleh sekat tetapi kita boleh kawal," katanya mengulas hasrat sekumpulan peniaga ikan yang dikatakan ingin membuat bantahan berhubung penggunaan perkataan 'peraih ikan' untuk merujuk calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah yang merupakan pemborong ikan di Pasar Laloh, esok.


Sementara itu Johor Daily berpendapat, kata-kata Hisham adalah sandiwara basi BN kerana setiap kali pemimpin 'besar' berkempen diiringi polis( tujuan membodek). Manakala pemimpin Pakatan Rakyat dianak tirikan. Jika ada pun untuk merakam pergerakan dan ceramah.


SBY Makin Hampiri Istana Presiden

JAKARTA - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) mendahului dua lawannya pada pilihan raya Presiden Indonesia 2009-2014 (Pilpres) berdasarkan hasil kajian kiraan pantas yang dijalankan oleh lima lembaga survei tempatan setakat pukul 3 petang ini.

SBY yang berpasangan dengan Boediono mendahului di kelima-lima kajian yang dijalankan oleh Lembaga Survei Indonesia (LSI 1), Lingkaran Survei Indonesia (LSI 2), Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES), CIRRUS dan Lembaga Riset Informasi (LRI).


Seperti paparan di laman web detikcom, SBY-Boediono mendahului di LSI 1 dengan mendapat 60.79 peratus sokongan mengatasi Megawati-Prabowo (26.43) dan Jusuf Kalla-Wiranto (12.78) manakala menurut LS1 2 pula SBY-Boediono (59.64), Megawati-Prabowo (27.54) dan Jusuf Kalla-Wiranto (12.82).


Banglow Khir Hasil klinik Gigi ?

SHAH ALAM — Sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini hangat dengan isu rumah agam bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM24 juta.


Isu itu mula dibangkitkan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mempersoalkan kemampuan Dr. Mohamad Khir untuk memiliki dua lot tanah dan rumah agam itu.


Beliau secara sinis berkata, mungkin Dr. Mohamad Khir mempunyai begitu ramai pelanggan di klinik giginya di Kajang yang menjadi sumber pendapatan beliau semasa sebelum menjadi Menteri Besar.


Bagaimanapun, Dr. Mohamad Khir menjawab, pendapatan daripada klinik giginya adalah tinggi kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mencabut gigi tetapi juga perkhidmatan kosmetik pergigian.


“Harga kos implan gigi adalah tinggi iaitu RM40,000 ke RM50,000 bagi satu implan gigi,” katanya memberikan contoh.


"Bomba PAS-UMNO" Berkejar Ke Tempat Kebakaran

KUALA KRAI - Kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Laloh dekat sini hari ini, buat pertama kali menemukan kedua-dua calon semasa berkempen daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS yang bertanding pada Selasa ini.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, dan selepas itu calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah pula tiba. Sebelum itu, penduduk sekitar turut membantu mengawal kebakaran sebelum pasukan Bomba tiba dari Kuala Krai.

Mangsa kebakaran, Noor Asiah Ismail, dibantu dan ditenteramkan oleh petugas pilihan raya selang beberapa buah rumah dengan kedai beliau berniaga. Sebaik tiba, beliau terus dihampiri kumpulan PAS diketuai Mohd Fauzi dan dibawa ke sebuah rumah jiran untuk ditenteramkan.

Pertemuan tidak dirancang itu berjalan dalam suasana penuh mesra dan mereka bersalaman dan sempat berbual hampir 10 minit. Noor Asiah yang tinggal di Kampung Pecah Pulai, kira-kira lima kilometer dari Kampung Laloh berkata beliau menjerang air lalu meninggalkan kedai yang berkunci untuk pulang sebentar ke rumahnya kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut ibu kepada tujuh anak berumur tiga hingga 16 tahun itu beliau kerugian kira-kira RM5,000 akibat kebakaran tersebut. Ada yang berkata nasib Noor Asiah sangat baik kerana kejadian itu berlaku semasa musim pilihanraya.

Mahkamah Persekutuan Benarkan Nizar Teruskan Saman

PUTRAJAYA - Perebutan bagi jawatan Menteri Besar Perak bakal berlarutan di Mahkamah Persekutuan di sini selepas mahkamah tertinggi itu memberikan kebenaran kepada Menteri Besar 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merayu terhadap pengisytiharan Mahkamah Rayuan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, memberikan kebenaran itu selepas responden, Dr Zambry, dan pencelah Tan Sri Abdul Ghani Patail tiada bantahan terhadap permohonan itu.

Bagaimanapun, panel tiga hakim itu menolak permohonan Nizar bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 22 Mei lepas."Ini adalah keputusan sebulat suara, permohonan bagi penangguhan ditolak. Bagaimanapun, kami akan mengambil langkah untuk mendengar rayuan ini secepat mungkin," kata Alauddin.

Ambiga kemudian mengemukakan tiga persoalan untuk pertimbangan mahkamah tertinggi itu:

1. sama ada di bawah Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, jawatan Menteri Besar Perak kemungkinan atau telah dikosongkan,

2. sama ada Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, penentuan isu kepercayaan ke atas Menteri Besar Perak telah dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Perak mengenai resolusi kepercayaan atau sebaliknya,

3. sekiranya Menteri Besar enggan meletakkan jawatannya, sama ada mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, seorang Menteri Besar mungkin dipecat daripada pejabat atau jawatan Menteri Besar dianggap kosong atau telah dikosongkan.

Ambiga kemudian meminta mahkamah bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan.

"Setelah responden (Zambry) dilantik pada 6 Feb, 2009 sehingga keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei, 2009, dalam masa tiga bulan, responden dan kerajaan Barisan Nasional telah mengambil tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak," kata Ambiga sambil membaca afidavit yang diikrarkan oleh Nizar.

Antara tindakan tersebut ialah:

* Responden telah gagal atau enggan melaksanakan program-program kebajikan yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2009 di Dewan Undangan Negeri seperti tabung kifalah, tabung khas kebajikan rakyat, peningkatan kadar bantuan bulanan kepada keluarga miskin dan tabung pinjaman perniagaan kecil.
* Menamatkan perkhidmatan ketua-ketua kampung seluruh Perak dan membubarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung
* Menukar senarai dan menamatkan perkhidmatan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
* Melengahkan projek perkhidmatan bas bersepadu Ipoh Sentral
* Melelong kereta Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Masalah Kedah Di Selasai Dengan Muhibbah

KUALA LUMPUR - Ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dan kepimpinan kerajaan PAS negeri Kedah dianggap selesai oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Azizan yang menyifatkan perkara itu seperti "ribut dalam cawan" berkata penyelesaian itu dicapai berikutan penjelasan yang diberikan kedua-dua pihak dalam satu pertemuan bersama Penasihat DAP Lim Kit Siang .

"Mungkin sebelum ini kita mengambil perkara seperti ini sambil lewa. Selepas ini kita akan lebih peka," katanya . Mengenai isu tempat penyembelihan babi yang dirobohkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Azizan berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti sebuah kawasan baru yang berdekatan bagi menggantikan tempat tersebut.

Sementara itu, Lim ketika ditanya mengenai tindakan DAP Kedah yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu hanya berkata bahawa Su telah dinasihati untuk memikirkan semula keputusan itu.

"Pertemuan ini telah membuahkan hasil positif dan Azizan juga berjanji untuk melihat semula permintaan kita. Jadi dengan itu saya nasihatkan Thomas untuk memikirkan semula perkara tersebut," katanya.

Thomas Su berkata "Saya terima baik saranan beliau (Lim) tetapi saya tak boleh bagi keputusan sekarang. Perkara ini perlu dibawa balik untuk dibincangkan di peringkat DAP negeri dan selepas itu baru boleh bagi keputusan," .


MB II Perak Nafi Dua Bekas ADUN PKR Ada Masalah

IPOH - Menteri Besar II Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menegaskan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah langsung dengan dua Adun bebas yang menyokong BN, tidak sepertimana dakwaan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata hubungan kerajaan negeri dengan Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Kapt (B) Osman Jailu adalah baik dan tidak timbul soal kedua-dua Adun Bebas itu kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya harap rakyat tidak terperangkap dengan permainan pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah suasana politik tidak stabil di Perak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.

Zambry mengulas desas-desus kebelakangan ini kononnya Jamaluddin dan Osman akan kembali menyertai PKR kerana tidak berpuas hati dengan BN yang dikatakan gagal menunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada dua Adun berkenaan termasuk melantik mereka sebagai Exco Negeri Perak.

Sebelum ini ada pendedahan yang mengatakan dua ADUN tersebut menghadapi kesulitan memdapat imbuhan yang dijanjikan dari wakil 'pihak' Datuk Seri Najib Razak yangmembayar baki habuan yang dijanjikan.

Dalam perkembangan lain, Johor Daily dimaklumkan bahawa Menteri Besar 1 perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kurang berminta melayan permintaan Zambry untuk melepaskan jawatan dalam persatuan bolasepak Perak.

ADUN Sekincan Sedia Jadi Broker Khir Toyo

SHAH ALAM - "Saya minta kunci (rumah) dengan dia" kata Adun Sekinchan, Ng Suee Lim merujuk kepada perbualannya dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di luar dewan sebelum persidangan Dewan Undangan ..

"Tadi saya minta kunci dengan dia, dia minta saya bagi deposit 10 peratus dahulu. Saya kata pembeli belum tengok macam mana nak bagi deposit," katanya Lim semasa ditanya mengenai apa yang dibualkannya dengan Dr Mohamad Khir.

Ng berkata beliau meminta kunci rumah agam Dr Mohamad Khir sebagai menyahut cabaran Adun Sungai Panjang itu menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam dan dua lot tanah milik bekas Menteri Besar itu di Seksyen 7 di sini yang didakwa Ng bernilai RM24 juta.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir menafikan rumah dan tanah itu dibeli dengan harga RM24 juta tetapi dibeli dengan harga RM3.5 juta tiga tahun lepas dengan pinjaman selama 30 tahun daripada HSBC Bank.

Bekas Menteri Besar itu kemudian mencabar Ng supaya menjadi ejen hartanah dan menjualkan rumah dan tanah itu pada harga RM24 juta dan jika berjaya beliau akan diberikan komisen 50 peratus atau RM12 juta.

"Dia suruh saya jumpa di mahkamah, saya tidak ada masalah...tapi kunci bagilah kalau tidak macam mana saya nak jadi estate agent," katanya.

Muhyiddin Kalam Kabut Dengan Isu 'Peniaga Ikan'

KUALA KRAI - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tersinggung dengan kenyataan Datuk Nik Abul Aziz Nik Mat yang mendakwa bahawa Umno tidak melaksanakan prinsip Islam dalam pentdbiran kerajaan.

Beliau dengan berang mencabar PAS supaya membuktikan semasa berkempen di pilihan aya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

Muyhiddin berkata"Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam" .

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau kononnya terkejut dengan dakwaan terbaru PAS yang menuduh parti itu tidak memperjuangkan Islam . Muhyiddin juga menafikkan dakwaan bahawa BN memperkecilkan calon PAS kelulusan rendah berbanding calon BN.

Beliau berkata demikian setelah persatuan peniagaa ikan negerti itu akan mengistiharkan akan membuat perhimpunan bantahan diatas kenyataan Datuk Mustapa Mohammad sebelum ini yang mengatakan peniaga ikan tidak layak menjadi wakil rakyat.

Johor Daily percaya Muhyiddin bimbang dengan keceluparan mulut Mustapa dan beberapa pemimpin Umno yang berkempen dan terus menafikannya. Sementara itu bekas ahli PKR seperti Ezam Mohd Noor, Lokman dan lainnya yang sebelum ini begitu 'garang' dibeberapa pilihanraya kecil seperti telah berputus asa dan media tidak membuat liputan kepada mereka .


Wednesday, July 8, 2009

Gerakan Masih Tidak Puas Hati Isu Banglow

PULAU PINANG — Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya memberikan penjelasan kepada orang ramai berhubung penyewaan banglo yang Eng tinggal. Ia mungkin semua pemimpin Gerakan tidak pernah tinggal dirumah banglow.


Naib Ketuanya, H’ng Khoon Leng berkata penjelasan itu bersesuaian dengan konsep Cekap, Akuantabiliti dan Telus (CAT) . Ketua Pemuda Gerakan yang dipercayai juga tinggal dirumah banglow mewah.


Sebelum ini Ketua Pemuda Umno mempertikaikan perpindahan Eng ke rumah tersebut kerja menuruk pemuda itu sautu pembaziran wang rakyat Pulau Pinang. Satu sember berkata hampir semua ADUN Barisan Nasional Pulau Pinang mempunyai banglow mewah termasuk bekas Ketua Menteri negeri yang juga Presiden Gerakan .


“Apa yang kita bangkitkan itu wajar dijawab kerana ia melibatkan prinsip ketelusan dan perbelanjaan awam, adakah rakyat tiada hak untuk mengetahuinya?,” katanya dengan sombong.

PPSMI : Muhyiddin Perdaya Tiru Cara Hisyamuddin

Johor Bahru - Keputusan telah dibuat bahawa Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat jam 2.30 di kementerian itu di Putrajaya.

Ia merupakan teknik menipu cara Menteri Pendidikan lalu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengenai isu yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Pada tahun 2008, Hishamuddin telah mengumumkan semua yuran dimansuhkan. Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik dalam beberapa hari , semua sekolah di seluruh negara kelolaan kerajaan pusat telah menghantar yuran kepada ibubapa .

Johor Daily percaya dalam masa tiga tahun, rakyat akan lupa isu PPSMI ini. Penipuan ala Hishamuddin ini dipercayai boleh memperdayakan semua pihak agar diam sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dan jika ada penentangan selepas ini, pemimpinan BN akan berkata, pejuang bahasa melayu tidak tahu bersabar.

Dalam sidang akhbar itu, Muhyiddin berkata, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Menurut beliau pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Husam Tuntut Royalti Dari Petronas Untuk Kelantan

Kuala Lumpur - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa masih beranggapan Kerajaan Pusat dan Petronas mungkir perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1975. Beliau menyentuh tuntutan yang melebihi daripada RM1 bilion royalti minyak Kelantan baru-baru ini.

"Kita minta kurang sikit, takut dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) terkejut. Lepas ini kita minta lagi,'" katanya . Husam berkata beliau sudah menemui dokumen perjanjian lama Kelantan dan Petronas berhubung perkara itu.

Menurutnya, perjanjian pada tahun 1975 itu, telah ditantangani oleh menteri besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tambahnya, perjanjian itu mensyaratkan Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui kawasan pantai dan pesisirnya.

PM Harap Felda Realisasikan Makanan Segera

SEGAMAT – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda perlu melalui proses pemodenan dalam usaha transformasi pembangunan tanahnya dengan muncul sebagai Gedung Makanan Negara seberapa segera. Namun pelbagai pihak mempertikaikan kenyataan itu kerana tiada kertas kerja dibincangkan sebelum ini.


Najib yang tidak beryakinan harga sawit dan getah menjamin pendapatan yang baik pada masa akan datang, berharap impian menjadi Gedung Makanan Negara dapat direalisasikan. Sebelum ini Persatuan Anak- Anak Peneroka Felda (ANAK) sering mempertikaikan pengurusan Felda kerana penyelewangan dan pengurusan 'sambil lewa'.


Menurut Najib lagi, “Setiap peneroka memiliki empat hektar tanah dan kawasan yang lapang atau kosong boleh digunakan untuk menanam tanaman bagi mendatangkan pendapatan tambahan kepada mereka.”


Sementara itu Johor Daily dimaklumkan Felda sehingga hari ini masih belum menyaman Presiden Anak iaitu Mazliman Aliman walaupun notis yang diberikan telah luput tarikh. Dalam kenyataan sebelumnya Mazlan mengalu-alukan saman itu kerana beliau mendakwa banyak bukti telah disediakan.


Setiausaha Agung ANAK, Zabidie Abas memberitahu Johor Daily bahawa ANAK hampir setiap hari menjelajah keseluruh negera bagi mendengar rintihan peneroka yang ditindas dan memberi penerangan tentang penindasan pengurusan Felda .


Dakwa Hina Mahkamah Umno Buat Laporan Polis

KOTA BHARU – Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan akhbar itu yang disifatkan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah dan institusi perundangan negara.


Laporan itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu pada 11.15 pagi berhubung laporan bertajuk Tiada Bukti: Pemuda Pakatan Rakyat desak pertuduhan Anwar digugur segera.


Anuar berkata lagi, yang diiringi kira-kira 20 anggota Pemuda UMNO, berkata, kenyataan yang disiarkan akhbar terbabit pada 30 Jun dan 7 Julai 2009 yang menggesa agar pertuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan adalah seperti memperlekehkan martabat serta institusi kehakiman dan perundangan negara.


“Kes itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada keadilan dan ketelusan badan dan institusi kehakiman negara,” katanya.


Penentuan Kes Liwat Anwar diketahui Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui hari ini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah dijadual mendengar terlebih dahulu dua permohonan Ketua Pakatan Rakyat itu yang difailkan pada bulan Jun 2009.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Shamsul Mohd Akin dalam sidang akhbarnya mendakwa ada unsur untuk memenjarakan Anwar dalam kes lewat ini. Ketua AMK Johor, Zabidie Abas berkata dalam blognya, beliau mendakwa ada usaha bersungguh-sungguh Perdana Menteri untuk memenjara Anwar walau dengan apa cara sekalipun.

Anwar, telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sementara itu Mohd Saiful masih merayu-rayu di blognya agar rakyat mempercayai sumpahnya. Blog bekas ahli PKR iaitu Gerakan Anti PKR masih bertalu-talu mengeji Anwar dengan pelbagai cercaan termasuk menyamakan Anwar dengan pemimpin Yahudi.

Majlis Peguam pula yang saban hari bergelumang dengan ratusan ribu kes yang diseliakan oleh ribuan ahlinya mendakwa pertuduhan itu terlalu banyak kemuskilan dari segi bukti dan keterangan.

Hadi Enggan Lepaskan ' Anjing Tersepit '

KUALA KRAI - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan parti itu sedia berbincang dengan UMNO untuk kebaikan rakyat .Beliau berkata, Pas akan lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang pelawaan untuk terbabit dalam perbincangan dengan UMNO kerana bimbang ia menjadi seperti melepaskan anjing tersepit.

Beliau berkata, usaha mengadakan perbincangan di antara Pas dan UMNO sudah pun dimulakan apabila Dewan Pemuda Pas secara terbuka menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah.


''Sebelum ini ulama Pas juga pernah diajak untuk bersama mengadakan perbincangan. Pakatan pembangkang sudah tentu akan memberi persetujuan mengenai usaha ini demi kebaikan negara. Bagaimanapun, kita lihat dulu , sebab kita tidak mahu pelaksanaan usaha itu bagaikan melepaskan anjing tersepit," katanya.


Hadi berkata dengan tegas, ''Lepas anjing tersepit ini bahaya, salah buat, dia akan gigit kita semula. Tujuan utama perbincangan itu ialah kita hendak selamatkan UMNO dan tunjukkan jalan yang selamat" .


Mustafa Memandang Rendah Pendidikan Calon PAS

MANEK URAI -Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata,Beliau bagaimanapun tidak menolak wakil rakyat yang berpendidikan rendah dan kurang pengalaman juga boleh membantu rakyat .


Beliau memandang rendah calon PAS dengan berkata,"Kalau nak jadi wakil rakyat, calon kena ada ilmu, ada pengalaman barulah mudah rakyat nak minta tolong, saya yakin calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat boleh dan tahu cara nak bantu.


"Jadi buatlah pilihan yang tepat sebab kalau silap, payahlah rakyat nak minta tolong dalam urusan rasmi."Kalau kurang ilmu dan pengalaman, bukan tak boleh tolong rakyat cuma pertolongan itu tak berapa jadi," tegasnya.


Tuan Aziz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mempunyai pengalaman kerja dalam sektor korporat serta awam. Calon Pas pula, Mohd. Fauzi hanya menamatkan pendidikan sekolah rendah dan Sekolah Agama Pondok Sungai Durian, dekat sini dan bekerja sebagai pemborong ikan di Pasar Kuala Krai.


Sementara itu Johor Daily dapati banyak Yang berhormat dari Banrisan nasional hanya berpelajaran rendah seperti ADUN nusajaya, Datuk Aziz Sapian yang hanya Sijil pelajaran Malaysia yang sebelum ini hanya berpengalaman sebagai seorang pemandu.


Tuesday, July 7, 2009

Nik Aziz Akur Kebaculan Najib Enggan Berdebat

KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.


Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.


"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," kata Nik Aziz.


"Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian. Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata najib bila ditanya tentang pelawaan debat itu.


Nik Abdul Aziz berkata "Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi."


Johor Daily percaya Najib tidak akan terima cabaran Nik Aziz kerana Najib sudah terbukti kebaculannya dengan pelbagai alasan untuk berhadapan dengan Nik Aziz. Pepatah melayu paling popualar ada berkata, "Berani kerana benar, takut kerana salah".


Eng Temui Penduduk Kampung Buah Pala Esok

PULAU PINANG - Pekong yang dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan terjawab esok apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng bersetuju bertemu penduduk Kampung Buah Pala .

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy mengesahkan Lim akan menemui penduduk kampung itu di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada 11.30 pagi.

"Ketua Menteri tidak mahu jumpa penduduk tempoh hari kerana beliau hanya mahu berjumpa penduduk tanpa kehadiran orang yang bukan penduduk," katanya .

Lim dilaporkan enggan bertemu penduduk kampung berkenaan kerana dakwanya tugas menyelesaikan isu kampung itu telah diserahkan kepada kedua-dua timbalannya dan beliau tidak mahu mereka dilihat sebagai tidak mampu menyelesaikan isu itu. Pada sidang akhbar yang sama, Lim mahu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberi penjelasan mengenai isu kampung itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PM mungkin tidak tahu latar belakang projek itu. Kerajaan negeri sebelum ini di bawah pimpinan Koh patut bertanggungjawab untuk meminta bantuan daripada kerajaan pusat," katanya.

Najib Harap Muhyiddin Tidak Malukan BN-Umno

Johr Bahru - Setelah Barisan Nasional dimalukan dalam pilihanraya umum dan kecil dengan pelbagai tektik kotor ciptaan Perdana Menteri. Hari BN mahukan pertandingan yang sihat di dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johor Daily percaya teknik politik kotor Najib yang diamalkan selama ini telah berjaya menjatuh Tun Abdullah Badawi dan tidak mengapa BN kalah teruk. Mungkin yang penting bagi Najib cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ramai pengalisis politik berpendapat imej buruk Najib yang disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya dan kes liwat Mohd Saiful adalah strategi paling hina dalam pilihanraya yang dilakukan oleh BN dan Umno.

Najib yang serik dan malu dengan banyak pilihanraya kecil sebelum ini dijangka tidak akan berkempen di Manek Urai dan berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin dapa menebus malu yang telah beliau lalui.

Nasharuddin Jadi Buruan Para Wartawan

KUALA KRAI - Kini Timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dikategorikan sebagai ahli politik pembangkang popular sekarang ini . Ia berpunca kegelojohan Umno agar Kerajaan Pepaduan dijayakan selepas merampas Perak dengan cara habuan mewah.

Ia bertambah kontroversiapabila didesak meletak jawatan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Nasharuddin telah diburu oleh para wartawan di hari penamaan calon semalam tetapi beliau tidak hadir. Maka pelbagai spekulasi ditimbulakan oleh beberapa media.

Ia bertambah hangat apa bila dikatakan tidak akan berceramah pada kempen pilihan raya negeri Manik Urai. Pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron hari ini mengesahkan Nasharuddin tidak disenarai sebagai penceramah parti itu.

"Pada pengetahuan saya, nama Nasharuddin tiada dalam senarai pemimpin tertinggi PAS yang dijadual memberi ceramah sepanjang kempen pilihan raya kecil ini berlangsung," katanya.

Beliau yang ditanya wartawan kenapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir, berkata: "PAS tiada masalah tapi dia segan datang agaknya". Johor Daily dapati di seluruh negara pemimpin Pakatan Rakyat makin popualar dan kerap diburu wartawan.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Makin Merapu

PULAU PINANG - Perpindahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari kediaman rasminya, Seri Teratai ke sebuah banglo milik rumah keluraganya menyebabkan Ketua Umno Pulau Pinang naik angin dan memanggil wartawan bagi mencaci Guan Eng .

Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan dengan marah berkata, Guan Eng sepatutnya mempamerkan teladan yang baik kepada rakyat dengan mengotakan apa yang dikata bukannya sekadar 'omong kosong'.


"Kalau berpindah ke rumah biasa, mungkin rakyat tidak kisah sangat tetapi ini rumah mewah setelah diubah suai dengan menelan belanja dipercayai ratusan ribu ringgit.


"Kita bukan apa, dulu Guan Eng kata akan tinggal di rumah keluarganya sebagai langkah berjimat, kemudian berpindah ke Seri Teratai dan kini ke banglo mewah pula. Ini semua cakap tak serupa bikin," katanya .


Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini baru-baru ini atas alasan Seri Teratai mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.


Johor Daily dimaklumkan hampir semua ketua Bahagian dan Pemuda Umno mempunyai banglo mewah. Mungkin Ketua Pemuda Umno itu tersilap mencari pulisiti.


Mohan Singh Akhirnya Dikebumi Cara Islam

KUALA LUMPUR - Setelah sebulan mayat ditahan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh dekat sini kerana kekeliruan status agama, akhirnya jenazah Mohan Singh, dikebumikan mengikut cara Islam .

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Rohana Hassan berkata jenazah Mohan atau nama Islamnya Mohammad Hazzery Shah Mohan Abdullah itu dibawa keluar dari hospital itu pada pukul 6 petang untuk dibawa pulang ke rumah ibunya di Selayang Jaya.

"MAIS akan memberikan peluang kepada keluarganya untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum upacara pengebumian mengikut cara Islam," katanya .

Allahyarham Mohan memeluk agama Islam pada 11 Ogos 1992 di Pulau Pinang tanpa pengetahuan keluarganya sehingga berlaku perebutan antara MAIS dan keluarganya setelah Mohan meninggal dunia pada 25 Mei lepas akibat serangan jantung di rumahnya di Apartmen Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya .

Sebelum ini keluarga Mohan menuntut mayatnya untuk ditanam mengikut upacara agama Sikh di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, namun mahkamah itu hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh keluarga pengarah seni tersebut kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Selangor.

Sebelum itu, suasana di rumah ibu Allahyarham mendapati anggota keluarga Mohan mengadakan upacara sembahyang mengikut agama Hindu kira-kira sejam bagi memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

Murugiah Pastikan 100% Pengundi India Undi BN

KUALA KRAI- Presiden II Parti Progresif Penduduk (PPP) merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah berkata beliau akan turut memastikan 30 pengundi India di dalam kawasan DUN Manik Urai akan mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil di kawasan itu .

"Saya akan turut berkempen dan akan berada di setiap rumah pengundi terbabit bagi meminta mereka mengundi calon BN pada pilihan raya nanti," kata bekas Ahli Majlis Tertinggi PPP itu.

"Kami akan berada bersama masyarakat di kawasan ini bagi mendaftar mana-mana penduduk yang belum membuat kad pengenalan dan sebagainya," katanya. Murugiah berharap kakitangan kerajaan pusat akan mengundi BN.

Khir Dakwa Lim Tipu Fakta Dan Cemburu

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo di Seksyen 7 di sini dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti didakwa oleh seorang wakil rakyat dari DAP.

Katanya beliau membeli aset itu melalui pinjaman dari HSBC Bank tiga tahun lepas dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun."Saya beli rumah selepas lima tahun jadi Menteri Besar bukan sebaik sahaja menjadi MB," katanya .

Khir yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kehidupan mewah mencabarnya supaya menjadi ejen jualan asetnya itu dan beliau sanggup memberi komisen 50 peratus daripada harga jualan itu.

Khir kemudia mengalihkan tumpuan wartawan dengan berkata, ADUN Sekinchan itu membuat tuduhan itu kerana tidak puas dengan tindakannya memberi tumpuan di kawasan Sekinchan sejak kebelakangan ini.

"Saya pergi dari rumah ke rumah sejak sebulan lalu dan akan pergi ke setiap rumah di Sekinchan dalam dua tiga tahun ini. Ini yang dia marah sebab dah tak diterima di kawasannya.

Johor Daily berpendapat adalah adil Khir tunjuk semua bil dan kos keseluruhan Istana Bali itu. Rakyat Selangor masih beranggapan Khir penipu selagi semua bil dan inbois belum dikemukkan.

Khairi Dakwa Ramai Ahli PAS Akan Lompat Ke Umno

KUALA KRAI - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti pembangkang itu, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong Barisan Nasional .

Khairy berkata, beliau baru sahaja mendapat maklumat berhubung kewujudan kumpulan itu yang cukup ramai bilangannya, dan akan mengatur perjumpaan segera dengan mereka.

" Saya tidak mahu dedahkan perkara ini secara terperinci kerana ia masih di peringkat awal perbincangan dengan kumpulan ini," katanya .

Khairy yakin dalam masa terdekat akan ada kelompok yang akan mengistiharkan akan 'lompat parti'. Johor Daily mendapati budaya lompat parti masih popualar di Kelantan walau pada hakikatnya kadangkala ianya hanya borang kosong yang tebal.

Johor Daily berharap ada wakil PAS hadir untuk mengesahkan jika berlakunya 'Majlis Lompat Parti' bagi mengesahkan mereka yang menyertai Umno itu adakah sah semua perserta itu ahli PAS atau sebaliknya.

ADUN DAP Bawa Wartawan Melawat ' Istana Bali '

Shah Alam - ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta. Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

Lim berkata "Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut "khir toyo mansion 060709 06

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam. Menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

Monday, July 6, 2009

Thaksin Dikatakan Pernah Sembunyi Di Kuala Lumpur

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand yang kini menjadi pelarian Thaksin Shinawatra dilihat berada di Malaysia baru-baru ini tapi berjaya melarikan diri sebelum diberkas oleh pihak berkuasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Thaworn Sennian.

Beliau berkata dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.

"Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri," katanya .

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat mengenai bila insiden itu berlaku, dan menurutnya selepas insiden itu Thaksin berlepas ke Fiji.

NUBE Bawa EON Bank Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) sudah menfail aduan mengenai ketidakpatuhan terhadap perjanjian bersama oleh pengurusan EON Bank Berhad kepada Mahkamah Perusahaan, kata Setiausaha Agung kesatuan itu J. Solomon.

Beliau berkata lebih 2,000 pekerja EON Bank tidak menerima elaun makan dan kerja lebih masa yang penuh disebabkan ketidakpatuhan terhadap perjanjian bersama oleh pengurusan bank itu.

"Secara purata setiap pekerja ini akan kehilangan antara RM200 dan RM300," katanya lagi. Dakwanya di bawah klausa 40 perjanjian bersama itu, berkuatkuasa dari 1 Januari 2006 hingga 31 Ogos 2008, para pekerja itu berhak terhadap elaun-elaun berkenaan dikira dari tarikh 1 Januari 2006.

Menurutnya bank itu bagaimanapun memutuskan untuk mengira bayaran-bayaran itu dari tarikh 21 Jun 2008, iaitu tarikh di mana perjanjian ditandatangani, sekaligus dengan jelas ia tidak mematuhi perjanjian itu.

Merujuk kepada satu lagi pertelingkahan antara Nube dan bank itu yang berkaitan pemindahan anggotanya dari cawangan Melaka ke cawangan Johor Baharu, Solomon berkata pemindahan pekerja itu sudah ditangguhkan.


MCA Pula Membidas DAP Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH - Wanita MCA negeri membidas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mementingkan diri dengan berpindah ke rumah banglo bagi masalah remeh seperti anai-anai dan semut merah tetapi “lepas tangan” terhadap isu 23 keluarga di Kampung Buah Pala yang bakal kehilangan tempat tinggal.


Ketuanya, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng lebih mengutamakan dirinya berbanding rakyat yang diwakilinya dan tindakannya yang gemar menyalahkan kerajaan terdahulu adalah sikap yang tidak baik.


“Saya rasa kecewa apabila isu anai-anai merosakkan kediaman rasmi dianggap jauh lebih penting daripada isu penduduk Kampung Buah Pala yang akan kehilangan tempat tinggal.


“Saya juga hairan kerana setelah menerajui Pulau Pinang untuk tempoh satu tahun tiga bulan, mentalitinya masih sama seperti seorang pembangkang dan bukan sebagai pentadbir kerajaan negeri,” katanya lagi.


Beliau juga kesal dengan tabiat Guan Eng yang gemar menolak semua masalah yang tidak boleh diselesaikannya kepada kerajaan Persekutuan dengan alasan masalah itu berpunca daripada kesilapan dan kegagalan Barisan Nasional (BN).


AKIM Tumpu PRU-13 Sebab Enggan Bertanding

KUALA KRAI - Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) tidak jadi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai kerana mahu menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Akim Hanafi Hamat berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas parti itu baru-baru ini. "Kami akhirnya membuat keputusan tidak bertanding di Manik Urai dan atas beberapa faktor kami hanya mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang," katanya .

Hanafi sebelum ini telah menyatakan hasrat bertanding di Manik Urai selepas tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebelum ini.

Pakatan Rakyat Harap BN Pulang Tangan Kosong

Manek Urai - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata , "Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas ADUN Manik Urai ) dan insyaAllah kita boleh menang," katanya ketika mengulas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra .

Abdul Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manik Urai. "Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw berkata ,"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," .

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR akan turut bersama berganding bahu , dan berkata "Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manik Urai".

Dua Calon Serah Borang Pencalonan Di Manik Urai

KUALA KRAI - Hanya dua calon, masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga tempoh penamaan ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, yang diiringi lebih 10,000 penyokong dengan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini dibuka pada pukul 9 pagi.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, yang turut diiringi lebih 10,000 penyokong dengan diketuai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menghantar borangnya pada pukul 9.17 pagi.

Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat yang diura-urakan akan turut bertanding dalam pilihan raya kecil ini, bagaimanapun tidak kelihatan sehingga tempoh penamaan calon ditutup.

PAS Mulakan Di Manek Urai Dengan Sholat Hajat

Kuala Krai - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan pertarungan di Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai dengan mengimami solat Hajat. Turut sama sholat hajat tersebut bersama ratusan dalam sholat hajat tersebut ialah Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob , Dato' Mustafa Alidan beberap pemimpin Pakatan Rakyat.

Johor Daily dimaklumkan calon PAS ditemani oleh lebih 10,000 orang penyokong yang datang dari seluruh negara terutama dai pantai timur dan utara negara. Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah dari Kampung Latereh.

Turut memeriahkan penamaan calon beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ialah Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.Manakala tokoh Barisan Nasional yang berada disitu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Ahmad Maslan Pemimpin Berjiwa Rakyat Miskin ?

KUALA KRAI - Masalah dan pembelaan nasib penoreh getah dijangka antara isu tempatan yang akan mendominasi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai yang akan bermula hari ini.

Sebelum ini Johor Daily menjangkan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan akan tidur di rumah paling miskin di Manek Urai, namun ianya meleset apabila belaiu memilih menoreh getah. Penyokong PAS didakwa telah mengejek Ketua Penerangan Umno itu yang sebelum ini datang menoreh pokok getah di Kg Bukit Budu dan Perial Baru.

Ahmad yang juga anak penoreh getah , berkata tindakannya itu bukan sekadar lakonan politik tetapi untuk menyelami permasalahan sebenar dialami penduduk Manik Urai. Namun Johor Daily yakin Ahmad Maslan akan melukan kejutan lagi, mungkin Ahli Parlimen Pontian itu akan masak Maggie mee bersama janda miskin di Manek Urai.

Johor Daily juga menantikan Ahmad Maslan bersama peneroka Felda-Fecra memotong buah kelapa sawit kerana sekarang ini PAS dan DAP telah banyak membuka cawanagan baru di kawasan tesebut.

DUN itu akan menjadi tumpuan seluruh negara sempena penamaan calon Isnin yang dijangka menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Umno dan PAS. Penamaan calon itu akan diadakan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, pagi ini dengan pengundiannya pada 14 Julai depan.

Umno Kempen Dengan Rasuah Kepada Pelajar

Kuala Krai - Perang rasuah bermula, Umno yakin dengan 'suapan' kepada penduduk luar bandar adalah senjata utama untuk memperbodohkan pengundi. Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah akan 'digula-gulakan'. Malah yang menyedihkan pelajar yang belajar agama juga diperkudakan juga. Sekolah menengah dan sekolah Arab di Manek Urai tidak terkecuali, kononnya sumbangan dari Kementerian Pendidikan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagaikononnya tanda ingatan kementerian berkenaan.

Mustafa berkata dengan bangga "Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali. "Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya lagi.

Johor Daily percaya banyak lagi rasuah akan dilakukan oleh Muhyiddin bagi menghalalkan rasuah. Terdahulu diberitakan sumbang kepada Masjid dan surau di Parlimen Permatang Pauh didakwa oleh para Imam masih belum ditunaikan oleh BN-Umno.

Saturday, July 4, 2009

Manek Urai Bakal Dapat 'Bantuan Elektrik' Dari BN'

KUALA KRAI — Penduduk di sekitar Manik Urai dan Kampung Laloh merungut berikutan kerap berlaku bekalan elektrik terputus di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu. Penduduk Manik Urai berkata sejak hampirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sekarang kerap berlaku terputus bekalan elektrik.

“Dulu mana ada berlaku putus bekalan elektrik ini, jarang sangat berlaku.“Sekarang ni apabila hari hujan je mulalah bekalan elektrik tiada. Kalau sekejap tidak apa, tapi ia memakan masa yang panjang. Nak buat kerja pun tidak selesa,” katanya . Azizah berkata semalam bekalan elektrik terputus dari 4.30 petang sehingga 7 malam.


Seorang lagi penduduk Kampung Laloh, berkata ada beberapa faktor penyumbang kepada terputusnya bekalan elektrik yang antaranya termasuk penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh menyebabkan pertambahan keperluan tenaga elektrik.


Namun ada suara-suara nakal berkata ini mungkin strategi Umno untuk 'menurunkan' bajet khas kepada pengundi Manek Urai. Johor Daily berpendapat sejak lima tahun lalu pilihanraya kecil pernah berlaku dipendalaman seperti Batang Ai, tetapi bekalan elektrik tiada masalah diatas faktor pengunaan eletrik berlebihan. Mungkin ada'keajiaban' akan berlaku dalam masa terdekat.


Apapun Johor Daily perpendapat, Manek Urai pasti mendapat nikmatnya jika 'projek anak angkat BN' apabila timbulnya pilihanraya kecil. Rezeki jangan tolak, bala jangan dicari...


Kes Liwat Anwar Ditangguh buat Kali Ketiga

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dibekalkan dengan dokumen berkaitan tuduhan kes liwat yang dihadapinya terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila peguamnya Sulaiman Abdullah mengadu tidak sihat.

Beliau yang mengetuai barisan pembelaan meminta penangguhan daripada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan rawatan perubatan kerana mungkin kepenatan selepas mengendalikan kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan sejak Isnin lalu.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan 8 Julai untuk mahkamah mendengar permohonan tersebut.


Pada tarikh itu, selain mendengar permohonan mendapatkan dokumen berkaitan, Hakim Mohamad Zabidin juga dijadual mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.


Ini merupakan kali ketiga permohonan tersebut ditunda. Permohonan itu sepatutnya didengar pada 22 Jun lalu tetapi dipinda ke 1 Julai lepas sebelum ditukar ke hari ini setelah Mahkamah Rayuan yang ketika itu mendengar rayuan Anwar membenarkan penangguhan prosiding di Mahkamah Tinggi atas permintaan pihak pembelaan.


Pengebumian Jenazah Michael Menjadi Persoalan

LOS ANGELES - Michael Jackson telah beragama Islam . Ikon muzik pop terkenal dunia itu beragama Islam dan berkemungkinan besar akan dikebumikan mengikut cara Islam .

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor aceshowbiz.


"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.


Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Terdapat banyak permintaan dari peminat dan blog-blog yang mana penulisnya beragama Islam meminta Allahyarham dikebumikan cara dan ditanah perkuburan Islam. Namun sehingga kini masih menjadi persoalan.


Media Prima Menikam BN Dengan Memburukkan Pakatan

Johor Bahru - Sejak berjaya menakluki lima buah negeri pada pilihanraya umum yang lepas. Kini pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Rakyat menjadi rebutan para wartawan untuk diwawancara. Malah ia menjadi media antarabangsa kian berminat untuk dimuatkan liputan politik malaysia dalam media mereka.

Difahamkan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad kian rimas dengan perkembangan ini. Ia akan menjadikan Pakatan Rakyat semakan popualar. Walaupun digembar-gemburkan dengan berita perbalahan dan perpecahan. Namun ianya berkesudahan dengan keputusan bersama.

Johor Daily berpendapat ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kian tersenyum melihat perkembangan ini. Secara tidak langsung kekemelutan yang digembar-gemburkan menjadi perhatian rakyat marhaen.

Terdapat banyak isu yang dimainkan menjadi senjata menikam Barisan Nasional . Walaupun terdapat yang berbentuk fitnah keterlaluan seperti kes liwat dan kerajaan perpaduan. Kebiasaannya semua yang disensasikan diselesaikan dimeja rundingan dan Pakatan rakyat menjadi juara persepakatan.

Tidak dinafikan setiap isu menjadikan blog-blog pro Pakatan Rakyat menjadi tumupan dan bahan kempen berterusan. Johor Daily mendapati setiap isu yang dimainkan oleh media utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat diakhiri dengan kejayaan imej toleransi.

Johor Daily yakin Anwar Ibrahim semakin tersenyum dalam perkembangan ini. Malah strategi BN memperalatkan media prima setakat ini ternyata tidak berjaya malah membunuh diri .