Monday, June 1, 2009

Mansor Bersyukur Menang DUN Penanti

BUKIT MERTAJAM - Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk berbakti kepada masyarakat di kawasan itu.

Sambil menyifatkan sokongan rakan dalam gabungan pembangkang sebagai faktor kemenangannya, beliau turut berterima kasih kepada pengundi di Penanti yang memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat kepada mereka.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pimpinan parti dan rakan-rakan dari DAP dan PAS serta kepada pengundi Penanti," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri ADUN Penanti di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit.

Mansor, yang memperolehi 6,052 undi mengalahkan tiga pencabarnya dari Bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari a/l Nai Keow dan Kmarul Ramizu Idris dengan majoriti 5,558 undi.

Sematara itu Johor Daily mendapati Utusan Malaysia dan UMNO bersorak diatas peratusan undi yang turun mendadak. Seorang berkata kepada Johor Daily ," inilah yang dikatakan melayu pendengki dan berhati busuk."

No comments:

Post a Comment