Wednesday, June 10, 2009

Muhyiddin Mula Berbicara Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah lebih wajar sekiranya PAS mempunyai pendirian yang tetap berhubung saranan berkenaan memandangkan ia melibatkan kepentingan negara secara total.

Menurut beliau, aspek penubuhan negara bukan sesuatu yang enteng justeru pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang yang lain perlu diambil kira.

"Adalah lebih baik sekiranya pihak yang menyuarakan idea ini tahu apa yang mereka mahukan kerana ia bukan perkara yang mudah. Ia melibatkan kepentingan negara dan perlu juga mengambil kira pandangan daripada parti-parti pembangkang yang lain," katanya.

Muhyiddin menyatakan demikian ketika diminta mengulas reaksi berbeza parti pembangkang berhubung saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya kerajaan perpaduan antara pembangkang dan BN ditubuhkan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang melanda negara.

Johor Daily mendapati di Johor terutama Parlimen Muar, Bakri, Pagog dan Ledang mencatatkan undi Pakatan Rakyat terutama PAS dan DAP meningkat secara mendadak sehingga ada yang naik sehingga lebih 200% termasuk Parlimen Muhyiddin itu sendiri.

Beliau tahu pakatan Rakyat ketika ini sedang berhempas pulas di seluruh negara. termasuk diutara Johor itu. Tidak mustahil beliau terpaksa menerima cadangan Kerajaan Perpaduan ini untuk diperhalusi.

No comments:

Post a Comment