Monday, June 8, 2009

Najib Pilih Kayveas

Kuala Lumpur - Datuk M Kayveas mendapat pengitirafan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib menyebut, "Yang Berbahagia Datuk M Kayveas, Presiden PPP", dewan persidangan yang dipenuhi lebih 4,000 anggota perwakilan dan 2,600 pemerhati, bergema dengan tepukan bergemuruh.

Kayveas berkata perspektif orang ramai bahawa PPP sebuah parti yang lemah adalah silap kerana parti berkenaan sebenarnya kuat dan menuju ke jalan yang betul. Katanya, menurut agensi berita itu lagi, PPP menyokong penuh konsep 1Malaysia yang dianjurkan oleh Najib.

"Konsep ini tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh satu masyarakat saja, tapi kita kena berfungsi sebagai satu keluarga. Kita perlu memiliki persamaan dengan sedapat yang mungkin.

"Perlu ada keseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar. Setiap orang perlu memiliki perasaan kasih sayang," katanya.

Sambil meminta kerajaan mengetepikan soal bangsa, Kayveas berkata: "Mulai sekarang, PPP tidak akan lagi menggunakan perkataan 'kaum', sebaliknya akan hanya merujuk parti itu sebagai 'sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia', bukan lagi parti pelbagai kaum atau tidak berasaskan kaum."

No comments:

Post a Comment