KOTA BHARU - Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan ada pemimpin Pas yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai politik samseng.
Annuar berkata, Pas sepatutnya mencontohi UMNO yang mengamalkan konsep perpaduan untuk menarik sokongan pengundi.
Tegasnya, Pemuda BN tidak akan terikut dengan 'rentak' Pas dan percaya pengundi tidak mudah dipengaruhi ajakan yang tidak selaras dengan budaya dan agama.
Mengulas mengenai peranan Pemuda BN di Manek Urai, jelas beliau, mesyuarat itu memutuskan semua parti komponen pergerakan tersebut bersama-sama turun ke Manek Urai untuk membantu kemenangan BN.
Katanya, Pemuda BN akan memberi keutamaan untuk meraih sokongan daripada pengundi muda di Manek Urai memilih calon BN sebagai wakil rakyat mereka.
Tambahnya, tinjauan terbaru menunjukkan ramai penyokong muda Pas kini mula mendekati BN selepas kecewa dengan pimpinan kerajaan negeri yang gagal menyediakan pembangunan.
Pemuda UBN Kelantan harus mencerminkan diri dulu sebelum membuat tuduhan kepada orang lain. Saya adalah penyokong dan jentera BN dalam pilihanraya lalu. Sikat lebih samseng pemuda UMNO membuatkan pengundi jelak ,lebih-lebih lagi suka menonjolkan diri dengan berlagak mewah...berkereta mewah, lebih-lebih lagi sikap pemuda UMNO Kota Bharu yang tiada langsung mesra pengundi tanpa menghiraukan golongan pengundi muda disetiap cawangan. Pada pandangan saya pemuda UMNO hanya layak menampal poster sahaja dan jauh sekali untuk menjadi pemimpin . Setiap kempen yang dianjurkan oleh pemuda UMNO lebih memudaratkan BN untuk memenangi pilihanraya. Untuk Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan yang baru di lantik, saya nasihatkan beliau usah mencari kelemahan parti lawan selagi pemuda anda sendiri dalam keadaan mengharukan. Cermin-cerminkan diri dulu sebelum mencari kesalahan orang. sekian...
ReplyDeletesaya cadangkan Pemuda UMNO tidak terlibat secara terus dalam kempen pilihanraya di Manik Urai. Dari pengalaman setiap pilihanraya,kemunculan jentera Pemuda UMNO tidak banyak membantu kemenangan BN malah lebih di benci oleh pengundi. Pemuda UMNO Kelantan harus bermuhasabah diri terlebih dulu sebelum mendekati pengundi
ReplyDelete