Johor Bahru - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan barisan kepimpinan PAS. Johor Daily menganggap pengumum tersebut tiada sebarang kejutan. Namun dua tokoh utama yang bertanding terpaksa 'turun pangkat', iaitu Husam dan Mohamad dilantik sebagai jawatankuasa PAS pusat setelah kalah dalam merebut jawatan timbalan presiden.Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai Setiausaha Agung. Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan. Perlantikkan itu dilihat seperti parti itu berpuashati dengan keputusan pilihanraya yang lepas dan pilihanraya kecil.
Johor Daily mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru dilantik. berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa dan Pesuruhjaya Negeri.
Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:
Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud,
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah
Senarai pesuruhjaya PAS negeri
Hashim Jasin - Perlis
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - Kedah
Saleh Man (Penang
Abu Bakar Husin - Perak
Datuk Nik Aziz Nik Mat -Kelantan
Datuk Harun Taib -Terengganu
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Pahang
Datuk Dr Hassan Ali - Selangor
Mohd Noor Mohamad - Wilayah Persekutuan
Zulkifli Mohd Omar - Negeri Sembilan
Abdul Ghani Abdul Rahman - Melaka
Datuk Mahfodz Mohamad - Johor
Mohamad Abdullah - Sabah
Osman Moras - Sarawak


No comments:
Post a Comment