Tuesday, June 9, 2009

UMNO masih Keliru Di Manik Urai

Kota Bahru - Jika sebelum ini pakatan Rakyat kerap mempertikaikan pengundi hantu Hari ini jentera Kemas -Umno mengakui seramai 1,145 pengundi di DUN Manek Urai gagal dikesan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan BN sukar menilai pendirian politik mereka, kata pemimpin Umno Kuala Krai.

"Kemas yang menjalankan bancian terhadap pengundi Manek Urai tidak dapat mengesan pengundi berkenaan," kata ahli jawatankuasa bahagian Anua Yusoff.

"Nama mereka ada dalam senarai daftar pemilih, tetapi Kemas tidak tahu di mana mereka tinggal." Akibatnya, tambahnya, agensi kerajaan itu tidak dapat mengukur kecenderungan pengundian mereka sama ada memangkah BN atau PAS.

Anua berkata, sikap mereka sukar diramal kerana kerana pengundi berkenaan tidak mahu berterus-terang. "Bila ditanya hendak pangkah (undi) kali ini, mereka kata 'tunggu hari mengundilah'," katanya lagi.

"ADUN PAS itu disenangi oleh semua orang di kawasan ini, tidak kira orang PAS atau Umno.
"Kalau orang minta atap zink, dia kata pergi ambil di kedai, tak usah bayar kerana dia yang bayar," katanya lagi.

Bagaimanapun, Anua berkata, jika BN menang, penduduk Manek Urai "akan mendapat apa sahaja yang mereka mahu" sebagai "hadiah kemenangan kepada BN" setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil sebelumnya.

No comments:

Post a Comment