Shah Alam - Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar memberitahu, Seramai lapan penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang keluar parti dan menyertai Pas hujung tahun lepas."Kita menerima kembali lapan pemimpin UMNO cawangan ini kerana mereka ini masih lagi ahli UMNO yang sah. Kita sudah semak dan status mereka ini masih lagi ahli parti, tiada surat rasmi pemecatan dikeluarkan terhadap mereka.
"Apa yang berlaku sebelum ini mereka menyokong tindakan Zahar keluar parti disebabkan emosi sehingga terikut-ikut dengan bekas ketua bahagian itu," katanya lagi. Pada Disember tahun lalu, Zahar membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai Pas dengan alasan mencari 'tapak' lebih sesuai untuk bergiat aktif dalam politik.
Zahar dikatakan membuat tindakan itu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menggantungnya daripada parti itu selama tiga tahun kerana mengkritik kepimpinan Tun Abdullah Badawi.
Beliau turut mewakafkan bangunan miliknya yang sebelum ini menjadi pejabat UMNO untuk dijadikan pejabat Pas di kawasan itu. Ketika ini, jawatan Ketua UMNO Bahagian itu dipangku oleh Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik bagi tempoh tiga tahun.


No comments:
Post a Comment