Wednesday, June 3, 2009

PPP : Kayveas dan Murugiah Ada Percanggahan

Kuala Lumpur -Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,"ROS telah menemui saya dan memberi laporan awal mengenai isu ini. Dalam pertemuan itu ROS menyatakan bahawa ada perkara-perkara tertentu yang perlu diperjelaskan oleh Kayveas dan Murugiah."

"Dalam pertemuan ini juga ROS memberitahu saya yang beliau memerlukan masa agar Kayveas dan Murugiah dapat memberi penjelasan kepadanya mengenai beberapa isu berbangkit sebelum satu rumusan dibuat,'' katanya.


Beliau mengulas status terkini PPP yang sebelum ini menghadapi konflik kepimpinan apabila Kayveas dan Murugiah mendakwa sebagai presiden yang sah bagi parti tersebut.


Murugiah sebelum ini dilantik sebagai presiden parti dalam mesyuarat agung luar biasa EGM pada 24 Mei lalu. Kayveas pula diumumkan kekal sebagai presiden PPP apabila menang tanpa bertanding pada pencalonan rasmi parti 30 Mei lalu.


"Ada beberapa kenyataan Murugiah yang dikatakan tidak tepat. ROS perlu penjelasannya sebelum menentukan sama ada sah atau tidak EGM yang mereka adakan dan kedudukan kuorum juga akan diberi perhatian oleh ROS,'' ujarnya.

Johor Daily mendapati Barisan Nasional terpaksa berhati-hati membuat keputusan dalam isu perebutan jawatan dalam PPP kerana parti itu mempunyai jentera dan ahli parti yang ramai. Tindakan Kayveas sebelum ini memperlihatkan banyak ahli itu telah menyokong Pakatan Rakyat terutama PKR.

No comments:

Post a Comment